P.I.S.M.P. BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2007, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH.
Sila isi Buku Pelawat, terima kasih.
5 Okt 2008
Puasa untuk semua..
Detoksifikasi bermaksud mencuci & membersihkan badan daripada racun / toksin. Menurut Dr. Lonny J. Brown dalam Adventures in Therapeutic Fasting, "Amalan yang biasa dilakukan dalam masyarakat hari ini adalah apabila seseorang menghidap penyakit, dia akan mengambil ubat bagi meredakan penyakitnya. Sudah tiba masanya untuk kita mengamalkan sesuatu yang berbeza, iaitu mengamalkan puasa semasa sakit. Puasa merangsang beberapa perubahan yang melibatkan metabolisme badan dan perubatan ini membantu ke arah pembersihan dan pembaikan dalam badan.
Semasa berpuasa, organ2 dapat berehat. Keadaan ini membantu badan membuang segala kotoran serta toksin di samping menyegarkan sel2. Puasa adalah cara rawatan yang tertua di dunia. Puasa sudah diamalkan oleh orang terdahulu, malah Hippocrates, Galen dan Paracelsus menjadikan puasa sebagai salah satu cara rawatan untuk pesakit mereka. Plato, Socrates, Pythagoras dan Mahatma Gandhi seringkali berpuasa. Berpandukan kajian serta testimoni pesakit2, puasa didapati mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti asma, radang sendi, susah tidur, gangguan pada sistem penghadaman serta penyakit kulit."
Menurut Dr. Cindy Engles pula dalam Wild Health: How Animals Keep Themselves Well and What We Can Learn from Them, "Binatang2 apabila sakit akan menjauhi makanan. Pengkaji2 yang mengamati fenomena ini berpendapat menjauhi makanan dengan berpuasa adalah proses yang semula jadi ke arah penyembuhan. Puasa bermanfaat bukan sahaja untuk binatang malah kepada manusia. Puasa akan mempercepat penyembuhan kerana secara umumnya bakteria memerlukan zat besi untuk bertindak. Dengan menghindari makanan, bakteria akan ketandusan zat besi dan keadaan ini akan melemahkannya."
Berpuasa dalam menghindari makan dan minum dalam jangka masa yang pendek memang tidak memudaratkan. Dalam jurnal perubatan berprestij, The Lancet, disebutkan, "Puasa selagi mana tidak menyebabkan kelemahan badan yang bersangatan adalah tidak memudaratkan. Sekiranya berlaku kematian semasa berpuasa, punca kematian daripada sebab2 lain selain puasa perlulah diterokai terlebih dahulu..."
Tambahan daripada itu, kajian yang dilakukan di Universiti Utah ke atas golongan Mormon yang berpuasa hanya sehari dalam sebulan mendapati perbuatan itu merendahkan risiko mereka menghidap sakit jantung. Hal ini dilaporkan dalam artikel bertajuk Fasting? It's Good For The Heart di www.earthtimes.org bertarikh 7 Nov 2007.
Penemuan yang sama diperoleh berdasarkan pada satu lagi kajian yang dikenal sebagai Intermountain Heart Collaborative Study. Dalam kajian ini, 515 pesakit diuji kaji dari sudut kesihatan jantung. Kajian ini mendapati mereka yang kerap berpuasa mempunyai risiko yang rendah menghidap sakit jantung. Puasa dalam kajian ini ditakrifkan sebagai meninggalkan jadual makanan utama, paling kurang dua kali berturut-turut.
Leon Chaitow ( N.D., D.O., M.R.O ), pensyarah kanan di University of Westminster, London, dan juga penulis 50 buku yang berkaitan dengan kesihatan dan perubatan alternatif merumuskan, "Walaupun puasa mempunyai risiko dan kesan sampingannya, berpuasa dengan tidak menjamah makanan dan minuman dalam jangka masa yang pendek amat selamat."
Puasa pada bulan Ramadhan boleh dianggap sebagai puasa jangka pendek. Oleh itu, puasa amat selamat dan tidak memudaratkan.
Sumber: Dewan Kosmik, September 2008
P/s: Puasa bulan Ramadhan dianggap sebagai puasa jangka pendek. Puasa 6 di bulan Syawal lagi la pendek. Pastu boleh la diteruskan dengan puasa sunat Isnin dan Khamis. Meh la kita buat ramai2..Don't worry..Posa xla 'kes karas perut' seperti yang ditakuti oleh seorang hamba Allah tu..banyak kebaikan untuk kesihatan lagi..
Terima Kasih
30 Sep 2008
Pesanan dari Saudari Laila Farina (PISMP BM)
(Dipetik dari "Sembang-sembang" 30 Sep 08, 19:41)Terima Kasih
24 Sep 2008
Salam Aidilfitri untuk semua. (Terimalah pantun 4 kerat dari IANKAKA')
Saudara Cikun dicucuk duri,
Cuki gelabah risau sekali,
puasa penuh beraya Aidilfitri,
kalu tak penuh rayalah Depavali
Pandai sungguh Palvee membaja,
tanamannya beracun sungguh bahaya,
di Keningau atau di tenom sama sahaja,
semoga bahagia di hari raya.
Pandai sungguh Rizal Menari,
poco-poco sumbang sekali.
Gemar memakan masakan kari,
Hari raya jangan kili-kili.
(huahuahua~~)
Berpuasa penuh banyak pahalanya,
raya mendatang semua suka.
Zuraimin kecewa tidak berpunya,
raya menjelma pengubat duka.
Kucing putih comel sekali,
jika lapar mencuri makan.
Megat berjambang tampan sekali,
selamat hari raya saya ucapkan.
Pagi raya indah sekali,
baju putih direndam nila.
Raya setahun hanya sekali,
harap dijemput ke rumah Laila.
Perut besar kita yang bina,
walau besar sangat peramah
Achai gelaran bukannya cina,
harap raya dijemput ke rumah.
Imran orangnya besar dan tampan,
berkaca mata tenang sentiasa.
kuih habis dibantai papan,
Beraya sakan kenyang sentiasa.
Nurul Aina gelaran namanya,
rindu dengan keluarga angkat.
A. Galak pasti idolanya,
nikmati cuti raya yang singkat.
Fawwaz bukan adik Fauzana,
Fauzana bukan abang Fawwaz.
Beraya pergi ke sini-sana,
makanlah kuih tanpa was-was.
Bila meletup bunyinya Pop!
pergi ke pekan mencari makan.
Pantun untuk saudari kipop,
Senyumlah sambil beraya sakan.
Ranau daerah tempat tinggal,
cuaca sejuk bukan kepalang.
Di sanalah Sahira tinggal,
Gembira beraya bukan kepalang.
Buku tebal banyak halaman,
sorong papan tarik papan.
Faedzah pulang kampung halaman,
kuih raya jangan disimpan.
*Kili-kili = Gila-gila (perlakuan)
p/s: pantun ini hanyalah rekaan semata-mata. Tidak kena mengena antara yang hidup ataupun mati. Sebarang persamaan adalah tidak disengajakan.
"Maaf zahir dan batin"
"Halalkan makan minum yang dikongsi bersama"
"SEMOGA GEMBIRA DI HARI RAYA"
23 Sep 2008
benarkah kiamat 21 Dec 2012??
Mereka yang mendakwa wahyu akan berlaku pada Dec. 21, 2012, berdasarkan kepercayaan mereka pada sekeping kalendar yang direka oleh kaum Mayans diMexico yang kehancurannya (gambar). Tamadun purba yang terkenal dalam kehebatan matematik dan astronomi yang maju.
DiSeluruh Amerika Syarikat, Kanada dan seluruh Eropah, mazhab-mazhab dan individu-individu yang mempercayai ramalan tersebut berkata bahawa itulah harinya dunia yang kita tahu akan berakhir, laporan-laporan ABCnews.com.
Mayan yang purba, dikenali sebagai ahli matematik dan astronomi yang sangat maju, mengikuti satu "kiraan panjang" kalendar yang berakhir dalam 5,126 tahun. Apabila carta-carta mereka diterjemahkan pada kalendar Gregory yang bertaraf antarabangsa yang digunakan hari ini, tarikh terakhirnya ialah pada Dec. 21, 2012.
Ahli-ahli saintis telah cuba untuk menghapuskan senario hari kiamat ini sebagai telekan yang tak berasas, tetapi ianya jelas dengan adanya beribu-ribu orang yang menganggap kemungkinan suatu bencana akan berlaku diseluruh dunia pada tarikh itu amatlah benar.
"Anda perlu faham, tiada apa-apa yang akan tinggal," Patrick Geryl memberitahu ABC News. "Kita terpaksa mulakan seluruh peradaban baru daripada akar semula." Geryl, seorang bekas pekerja makmal yang berumur 53 tahun dan tinggal di Belgium, dia telah berhenti kerja sejak dua tahun yang lepas setelah dapat menabung wang yang cukup untuk bertahan sehingga Disember 2012. Dia sekarang terus hidup dengan menyimpan bekalan yang dicatatkan dalam senarainya yang setebal 11 mukasurat.
Ianya bukan Geryl seorang sahaja yang mencari jawapannya. Yang mencari "2012 the end of the world" pada Google meningkat sehingga hampir 700,000 orang dalam carian kegemaran ramai. Lebih daripada 6,500 video mengenai tarikh tersebut telah diposkan di YouTube. Terdapat juga buku-buku yang tak terkira bilangannya mengenai topik tersebut, banyak yang diterbitkan dalam mengikuti kejayaan buku Daniel Pinchbeck "2012: The Return of Quetzalcoatl," yang telah menjual beribu-ribu naskah setiap bulan sejak ianya dikeluarkan pada akhir Mei.
2008: Berdozen ahli-ahli kultus hari kiamat Rusia (gambar) meninggalkan lobang sulit korekan bawah tanah dekat kampung Nikolskoe, Rusia, pada Mac, setelah bersembunyi didalam lobang tersebut selama kira-kira enam bulan. Yang lain-lain masih tidak balik, masih menunggu hari untuk dunia berakhir pada bulan Mei.
Tapi apakah yang difikirkan oleh penganut-penganut kepercayaan ini akan berlaku pada Dec. 21, 2012? Ada sesetengah orang berkata satu pembalikan kutub akan berlaku, di mana kutub utara menjadi selatan, di mana matahari akan timbul di barat, mencetuskan bencana pada alam sekitar diseluruh dunia. Ada sumber-sumber lain yang berkata, ianya tanda tarikh satu pembangkitan rohaniah akan berlaku seluruh dunia.
Pakar ketawakan kepercayaan ini. "Ramalan-ramalan takdir ini betul-betul tidak mempunyai sebarang asas dalam apa yang kita tahu mengenai Maya," kata Stephen Houston, seorang profesor antropologi di Brown University dan seorang pakar dalam tulisan hieroglif Maya. "Catatan-catatan Maya hampir tidak menceritakan tentang acara ini." Katanya Mayans melihat kalendar mereka berakhir pada tarikh tersebut, tetapi akan bermula semula tanpa ada apa-apa malapetaka.
"Betul-betul, ianya adalah satu penukaran kebimbangan orang-orang zaman ini, dan yang sesetengah mencari mitos lama untuk panduan atau ramalannya," katanya. "People like to believe that ancient wisdom is somehow predicting this time of upheaval."
p/s : cuba korang tgk kalendar....tarikh 21 Dec 2012 menunjukkan hari apa....JUMAAT!!!!!!!! Wallaualam.......
Terima Kasih
22 Sep 2008
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Selamat berpuasa kepada mereka yang berpuasa. Tidak lupa kepada yang lain, selamat menyiapkan tugasan yang belum selesai.
Lebih kurang dua minggu tidak mencatatkan apa-apa di blog ini, tidak bermakna saya tidak mengikuti perkembangan anda semua. Sebaliknya, saban hari jika tiada masalah internet saya pasti menjenguk blog ini. Semua catatan telah saya baca dan ada juga pautan blog yang sempat saya terokai. Sekurang-kurangnya saya masih dapat mendekatkan diri dengan anda semua.
Mungkin anda telahpun maklum yang tulisan refleksi KKBI saudara Pangeran Mohd Shukri telah saya sunting dan muatkan dalam Wahana Ilmu Edisi September. Saya dapatkan tulisan itu setelah dimuatnaik dalam JPMMPKS@yahoogroup. Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada anda semua khususnya dari opsyen BM untuk bersama-sama saya memperbaiki dan memantapkan buletin terbitan JPM itu. Sehingga kini, nampaknya saya masih berseorangan memperjuangkan buletin tersebut. Pelawaan saya kepada pelajar mahupun pensyarah masih disambut dingin. Benarlah kata-kata Tuan Haji Mohd Isa Razak, kerja-kerja menulis bukanlah sesuatu yang mudah, baik yang bersifat kreatif mahupun akademik. Sehinggalah kita berhadapan dengan situasi yang mendesak barulah kita mahu menulis. Ironinya, kita adalah golongan intelek yang kaya dengan ilmu pengetahuan, bakal bergelar sarjana yang sepatutnya menjadi rujukan pelbagai pihak. Hari ini, IPG sedang bersaing dengan IPTA. Budaya mengkaji, menyelidik dan menulis bukanlah asing di IPTA, tetapi kita masih dalam proses membudayakan kegiatan itu baik dalam kalangan pelajar mahupun pensyarah. Justeru, sebagai golongan intelek, kita memikul tanggungjawab yang berat dan harus membuktikan bahawa kita juga setanding dengan golongan intelek di IPTA. Saya khuatir sekiranya kegiatan menulis tidak dipupuk, kita akan terus melahirkan guru yang hanya mampu mengajar tetapi tidak reflektif dan berfikiran jumud.
Akhir sekali saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Sekalipun tanpa pertemuan atau majlis yang menghimpunkan kita, mesej ini sampai kepada setiap individu yang menghuni kelas PPPRPET opsyen BM.
Sekian.
Firdaus JPM
22 September 2008
20 Sep 2008
TUGASAN EN. JOHAN
(ISL Seterusnya)
(Dibuat secara individu)
Membina perisian P&P berdasarkan kepada tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran PSK tahun (4, 5, 6).
Tugasan ini perlu dibentangkan dikelas. Aspek pembentangan perlu menyentuh perkara seperti ini:
- Terangkan perisian yang digunakan.
- Langkah penyediaan.
- Rujukan.
- Kemasan.
- Cara penggunaan.
- Cara penyelanggaraan.
- Penilaian hasil kerja.
*Jadual di bawah merupakan senarai pembahagian tema.
*Tugasan ini merupakan tugasan individu.
*Salinan pembentangan (hardcopy) perlu dikumpul dan diserah kepada En. Johan selewat-lewatnya pada hari selasa petang (23 Sept 08). (Tindakan runner)
| Tahun | Tema | Pembahagian |
| 4 | Sayangi Diri
Sayangi Keluarga | Rizal Othman Palvee Abd Harip Imelda Michael Stanley Andreas
Nurul Aina Jaludin Faedzah Jiamil Mohd Shahfardie Satar |
| 5 | Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat
Kenali Budaya Malaysia | Carmelliny Tony Stanley Ian Junaidi Shahira Irda Sahirin Fawwaz Thaqif Alias Tudin
Ranger Diris Megat Mohd Saufi Megat Alias Zuraimin Wahili |
| 6 | Malaysia Negaraku
Sedia Hadapi Cabaran | Pg. Shukri Pg Haji Musa Laila Farina Yahya Siti Salmi bt Tuah Keffly Kaling
Roszaidee Rosli Jacqueline Teo Fuey Phean Mohd Imran Mohd Amir |
Terima Kasih
Peserta ratu pondan dikena bon RM1,000
Oleh Betty Subaryati dan Haspaizi Mohd Zain
bhkb@bharian.com.my
Guru Pendidikan Seni diperintah berkelakuan baik dua tahun, ditukar ke PPD Bachok
BACHOK: Seorang guru Pendidikan Seni dikenakan bon jaminan RM1,000 dan perintah berkelakuan baik selama dua tahun oleh Mahkamah Syariah di sini, kelmarin, selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan menyertai pertandingan ratu pondan di sebuah resort di Telong di sini, akhir Julai lalu.
Tertuduh, Mohd Zaki Yaakub, 27, yang dipindahkan ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bachok sejak Ogos lalu, diarah melaporkan diri di Pejabat Agama Jajahan Bachok setiap empat bulan sekali.
ohd Zaki mengaku bersalah terhadap tuduhan mengikut Seksyen 7, Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 1985 iaitu memakai pakaian wanita dan berlagak seperti wanita.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Salwani Abdul Rahman di hadapan Hakim Syarie Mohmad Nabil Mohmad Shukri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Di mahkamah sama, seorang lagi rakan tertuduh, Mohd Adli Salleh, 20-an, dihukum penjara sehari dan denda RM1,000 kerana kesalahan sama.
Berdasarkan laporan sebelum ini, kira-kira 50 pondan menyertai pertandingan ratu di resort berkenaan, bertempiaran lari sebaik menyedari serbuan penguat kuasa JAHEAIK dengan bantuan Majlis Perbandaran Kota Bharu dan Majlis Daerah Kota Bharu kira-kira jam 9 malam.
Ada antara pondan terbabit terjun ke sungai berhampiran resort dalam cubaan melarikan diri, tetapi 16 daripada mereka berusia antara 20 hingga 30 tahun ditahan sebelum didakwa secara berperingkat di Mahkamah Syariah kerana kesalahan berpakaian dan berlagak seperti wanita.
Sementara itu, Pengarah Pelajaran Kelantan, Mohd Ghazali Abd Rahman ketika dihubungi, berkata guru terbabit kini ditempatkan di PPD Bachok tanpa sebarang jawatan khusus tetapi wajib melaporkan diri setiap hari.
“Tindakan selanjutnya bergantung kepada keputusan jawatankuasa tatatertib yang akan menilai pembabitan guru itu termasuk bentuk tindakan disiplin yang dikenakan terhadapnya,” katanya.
Atasi 'diskriminasi' guru lulusan IPTA
SERDANG 29 Julai - Kerajaan akan berusaha mengatasi masalah 'diskriminasi' yang dialami guru lepasan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang dibebankan dengan pelbagai syarat ketat sebelum dibenarkan mengajar di sekolah.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, antara syarat itu ialah mesti lulus dengan purata gred kumulatif (CGPA) minimum 2.75 sebelum layak mengambil ujian dan ditemuduga untuk jawatan guru.
"Syarat ini yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran perlu dikaji semula memandangkan guru-guru lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) tidak perlu mematuhinya sebaliknya terus di tempatkan di sekolah.
"Perkara ini seolah-olah menafikan pendidikan dan latihan yang diberikan pensyarah di IPTA dan mengurangkan minat graduan untuk menjadi guru," katanya dalam ucapan perasmian Program Sekolah Kluster-Universiti dan Seminar Permuafakatan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran Tahun 2008 di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalannya, Datuk Idris Haron.
IPG kini melatih guru untuk peringkat prasekolah dan sekolah rendah manakala IPTA memberikan fokus untuk melahirkan tenaga pengajar di sekolah menengah, kolej matrikulasi, kolej komuniti dan politeknik.
"Kualiti pelajar yang memohon program perguruan juga perlu dilihat semula oleh kedua-dua kementerian kerana berlaku ketidakseragaman syarat asas kemasukan.
"Syarat kemasukan di IPG ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala ke IPTA pula Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau matrikulasi," jelasnya.
Sementara itu, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam ucapan yang dibacakan oleh Timbalannya, Dr. Wee Ka Siong berkata, sebanyak 60 sekolah kluster akan dijadikan sekolah angkat kepada IPTA menerusi Program Sekolah Kluster-Universiti.
Beliau berkata, langkah itu akan membolehkan IPTA berperanan sebagai mentor kepada pihak sekolah yang akan dibenarkan menggunakan kemudahan di universiti bagi melakukan penyelidikan dan pengkomersialan ciptaan baru.
"Sekolah angkat ini akan berpeluang menggunakan perpustakaan dan juga terlibat dalam program akademik dan kemasyarakatan anjuran IPTA.
"Sekolah juga akan dapat menggunakan gimnasium, kolam renang dan mendapatkan nasihat pakar pemakanan dan pensyarah sukan yang berkelayakan tinggi di universiti," jelasnya.
Terima Kasih19 Sep 2008
SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU
Istilah bahasa

