SELAMAT DATANG.

P.I.S.M.P. BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2007, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH.

Sila isi Buku Pelawat, terima kasih.

24 Mei 2009

Semester ibarat...

Setiap semester ibarat hujan,
Ia memberi rahmat dan kepahitan.
Setiap semester insan yang berbeza,
Salah kawan jiwa binasa.

Semester 5 semester perkenalan,
Semester 5 musim persekolahan.
Semester 5 inilah ku menyahut cabaran,
Latihan mengajar selama sebulan.

Cuti semester ibarat lautan,
Ada kala ia tenang ada kala ia menjadi taufan.
Cuti semester ibarat mimpi,
Ada kala ia ngeri ada kala ia menjadi ingatan.

Berakhirnya semester ketenangan menjelma,
IPKS kata pulang rumah kata datang.
Bermulanya semester cabaran bermula,
IPKS kata datang rumah jadi rinduan.

Terima Kasih


6 Mei 2009

................................

Angin ribut bertiup
tak tentu arah
menggamatkan suasana padang luas
padang dengan lalang-lalang yang subur

Angin ribut terus bertiup
lalang-lalang berlanggar sesama sendiri
sedih tanah yang memegang akar
melihat lalang-lalang berlaga sesama sendiri

Terima Kasih