SELAMAT DATANG.

P.I.S.M.P. BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2007, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH.

Sila isi Buku Pelawat, terima kasih.

20 Okt 2008

Sekawan Gajah


Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan oleh ahli kumpulan Sekawan Gajah (saya sendiri, Keffly Kaling, Rizal Othman, Mohd Imran, Jacqueline Teo, Laila farina dan Sahira Irda) sepanjang Perkhemahan yang berlansung selama 4 hari 3 malam. saya sangat bertuah mempunyai ahli kumpulan yang begitu komited dengan tugas dan sporting dalam semua hal. memori berkhemah bersama rakan-rakan seperjuangan akan sentiasa menjadi ingatan dan kerinduan. Semoga apa yang dipelajari dan pengalaman yang ditimba akan diaplikasikan kelak. Buat Sehabis Baik!
-Stanley Ian Junaidi-
Terima Kasih


PERKHEMAHAN KURSUS KEPIMPINAN MODUL A dan B.

Tambunan, 16 oktober hingga 19 oktober 2008. seramai 21 orang pasukan Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia 32 (KLM32) Institut Perguruan Keningau Sabah telah menjalani Kursus Kepimpinan Pengakap Modul A dan B. Peserta yang terlibat ialah guru pelatih Program Perguruan pendidikan rendah Pengajian Empat Tahun (PPPRPET) semester 4. Perkhemahan ini diadakan sebagai salah satu syarat utama dalam yang terkandung dalam Sukatan untuk Kokurikulum Unit Beruniform bagi Persatuan Pengakap Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Perkhemahan ini juga bertujuan memberikan pengiktirafan kepada para peserta untuk memegang Lencana Manik Kayu Dua dalam kepimpinan pengakap.
Antara aktiviti yang dijalankan dalam perkhemahan ini ialah, kembara, ceramah kepengakapan dan Malam Pengakap. Pelbagai kemahiran berpengakap dan kepimpinan yang dapat dipelajari sekaligus menjadi bekalan kepada bakal-bakal guru untuk memimpin dengan baik serta berkualiti apabila berada sekolah kelak. Perkhemahan ini turut disertai oleh beberapa orang pensyarah Institut Perguruan Keningau selaku Penolong Pesuruhjaya KLM32 iaitu Puan Philis Lim@Nur Ain, Encik Bujang bin Haji Sabli, Encik Maspi Haji Peran, Encik Budiman bin Abpa dan Puan Zalia Abdullah.
Perkhemahan selama empat hari tiga malam ini telah dirasmikan oleh En. Lupian Saluji selaku Pesuruhjaya Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia Bahagia Pendidikan Guru. Dalam ucapan beliau semasa perasmian penutupan, beliau mengatakan bahawa sifat kepimpinan yang tinggi serta berkualiti haruslah diserapkan kepada bakal-bakal guru bagi menjamin kualiti anak-anak bangsa kelak. selain itu, beliau juga mengingatkan agar para peserta kursus agar dapat meneruskan keaktifan dalam berpengakap, sekali berpengakap, berpengakaplah selamannya. Sijil Tamat Kursus Kepimpinan Modul A dan B juga turut disampaikan kepada semua peserta kursus sebagai tanda tamatnya kursus di majlis itu. Semua peserta lulus dalam kursus ini telah ditauliahkan gelaran sebagai Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-kanak (Manik Kayu 2).

Terima Kasih