SELAMAT DATANG.

P.I.S.M.P. BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2007, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH.

Sila isi Buku Pelawat, terima kasih.

14 Sep 2008

Berbuka puasa beramai-ramai.

Bekas Pengarah IPKS pernah berkata :
"Kalau bukan sekarang, bila lagi?"
"kalau bukan kita, siapa lagi?"
"kalau bukan disini, dimana lagi?"

...Dan saya bertanya kepada rakan seperjuangan.....
Jadi? bila kita buat jamuan buka puasa untuk tahun ni?

hehehe Terima Kasih


Kerjasama anda amat diperlukan.

Salam sejahtera kepada semua rakan seperjuangan yang dikasihi. Bagi meyempurnakan pergerakan Pendidikan Jasmani (Encik Ahman ), marilah kita sama-sama menyumbangkan idea bagi pergerakan yang berbentuk aerobik. Peruntukan masa untuk pergerakan ialah 10 minit(5 minit lagi pergerakan direka oleh Stanley Andreas & Carmelliny). Oleh itu, sumbangan idea anda amat diperlukan. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Sila senaraikan pergerakan yang anda rasakan sesuai pada link "Ulasan". Terima kasih.

"Selamat Menunaikan Ibadah Puasa"
Terima Kasih


Peringatan tentang ujian amali pergerakan Seni Dalam Pendidikan

Hanya tinggal dua minggu lagi masa untuk kita berlatih sempena ujian amali seni dalam pendidikan kita. Oleh itu, saya ingin menyeru kepada semua pelatih PPPRPET BM supaya bekerjasama dalam menjayakan ujian amali kita yang bakal dinilai selepas cuti Hari Raya Puasa ini. Tanpa kerjasama anda semua, ujian amali ini tidak akan dapat berjalan dengan lancar.

“Together We Stand”
Terima Kasih