Terima Kasih
P.I.S.M.P. BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2007, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH.
Sila isi Buku Pelawat, terima kasih.
29 Jan 2010
Selamat menjalani Praktikum Fasa 3 (01 Februari 2010 - 30 April 2010)
20 Nov 2009
Selamat Bercuti.

Semoga cuti kali ini lebih bermakna kepada kita.
Manfaatkan cuti dengan perkara yang berfaedah.
Terima Kasih
14 Nov 2009
Dua Subjek Lagi
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN
12 NOVEMBER 2009
(BMM 3112)
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN
17 NOVEMBER 2009
(PSK 3104)
PEMBELAJARAN BERKHIDMAT DALAM PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
Dua subjek lagi!!!
Tangani Stress...Haha
Semoga Berjaya!
Terima Kasih
6 Nov 2009
27 Ogo 2009
23 Jan 2009
Terima kasih kepada moderator blog pismpengajiansosial.
Salam sejahtera dan salam damai...
Di kesempatan ini, saya selaku moderator blog PISMPBM mengucapkan terima kasih di atas kesudian moderator PISMPPENGAJIANSOIAL memaparkan pautan link blog ini pada blog PISMPPENGAJIANSOIAL.
Kami sedia menerima semua ahli-ahli blog PISMPPENGAJIANSOIAL untuk sama-sama menyumbang apa pun bentuk artikel dan perkongsian.
Sila isi buku pelawat dan tinggalkan E-Mail untuk menjadi ahli. Saya akan menjemput anda melalui E-Mail.
p/s: Moderator Blog ini berhak menarik balik keahlian sekiranya difikirkan perlu. <(^_^)/
*Selamat menyambut Tahun Baru Cina 2009 kepada semua rakan-rakan dan kepada semua yang meraihkannya~ Gong xi~ Gong Xi~
3 Jan 2009
SeLaMaT KeMbALi MeNemPuH SeMesTer-5..
p/s: kepada 'bakal' ketua dan penolong ketua semester ni, kepada ketua BIG dan AJK yang telah dilantik, selamat berjuang...kami sentiasa menyokong, ada peluh akan kami tolong lap-lapkan, rasa panas akan kami tolong kipas-kipaskan, ada duit akan kami tabur-taburkan..hohoho..(mana bendahari kita ni??)..
hepi new year 2009..maaf zahir dan batin..huhu..; )
Terima Kasih12 Nov 2008
our battle officially ends at 11.00am 12-11-08
perjuangan kita untuk semester ini sudah berakhir.
Pray to God that everyone pass and tiada mengulang.
(biarlah pointer turun tapi jan ja fail.)
AMEN.
kepada rakan sekalian,
happy holiday!
6 Nov 2008
PeRjUaNgAn BeLuM SeLeSaI??..
Kepada rakan-rakan PPPRPET BM yang lain, sememangnya perjuangan kita masih belum selesai di IPKS ini..Peperiksaan semester 4?3 paper sudah kita duduki..Kita masih ada 2 subjek menanti kita 10 dan 12 november ni..
Jadi,selamat berjuang untuk semua... GOOD LUCK EVERYBODY!! SEMANGAT!!
[p/s: tp kan,..susa gila2 exam kali ni..tp nda pa..ble 2..wish u all gud luck!!]Terima Kasih
29 Okt 2008
Selamat Berjuang
Nota disimpan di bawah cadar,
harap mimpi indah mewarna.
Nota yang ada baik diedar,
semua gembira tiada merana.
PEACE~ iankaka' <(^_^)/Terima Kasih
24 Sep 2008
Salam Aidilfitri untuk semua. (Terimalah pantun 4 kerat dari IANKAKA')
Saudara Cikun dicucuk duri,
Cuki gelabah risau sekali,
puasa penuh beraya Aidilfitri,
kalu tak penuh rayalah Depavali
Pandai sungguh Palvee membaja,
tanamannya beracun sungguh bahaya,
di Keningau atau di tenom sama sahaja,
semoga bahagia di hari raya.
Pandai sungguh Rizal Menari,
poco-poco sumbang sekali.
Gemar memakan masakan kari,
Hari raya jangan kili-kili.
(huahuahua~~)
Berpuasa penuh banyak pahalanya,
raya mendatang semua suka.
Zuraimin kecewa tidak berpunya,
raya menjelma pengubat duka.
Kucing putih comel sekali,
jika lapar mencuri makan.
Megat berjambang tampan sekali,
selamat hari raya saya ucapkan.
Pagi raya indah sekali,
baju putih direndam nila.
Raya setahun hanya sekali,
harap dijemput ke rumah Laila.
Perut besar kita yang bina,
walau besar sangat peramah
Achai gelaran bukannya cina,
harap raya dijemput ke rumah.
Imran orangnya besar dan tampan,
berkaca mata tenang sentiasa.
kuih habis dibantai papan,
Beraya sakan kenyang sentiasa.
Nurul Aina gelaran namanya,
rindu dengan keluarga angkat.
A. Galak pasti idolanya,
nikmati cuti raya yang singkat.
Fawwaz bukan adik Fauzana,
Fauzana bukan abang Fawwaz.
Beraya pergi ke sini-sana,
makanlah kuih tanpa was-was.
Bila meletup bunyinya Pop!
pergi ke pekan mencari makan.
Pantun untuk saudari kipop,
Senyumlah sambil beraya sakan.
Ranau daerah tempat tinggal,
cuaca sejuk bukan kepalang.
Di sanalah Sahira tinggal,
Gembira beraya bukan kepalang.
Buku tebal banyak halaman,
sorong papan tarik papan.
Faedzah pulang kampung halaman,
kuih raya jangan disimpan.
*Kili-kili = Gila-gila (perlakuan)
p/s: pantun ini hanyalah rekaan semata-mata. Tidak kena mengena antara yang hidup ataupun mati. Sebarang persamaan adalah tidak disengajakan.
"Maaf zahir dan batin"
"Halalkan makan minum yang dikongsi bersama"
"SEMOGA GEMBIRA DI HARI RAYA"
22 Sep 2008
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Selamat berpuasa kepada mereka yang berpuasa. Tidak lupa kepada yang lain, selamat menyiapkan tugasan yang belum selesai.
Lebih kurang dua minggu tidak mencatatkan apa-apa di blog ini, tidak bermakna saya tidak mengikuti perkembangan anda semua. Sebaliknya, saban hari jika tiada masalah internet saya pasti menjenguk blog ini. Semua catatan telah saya baca dan ada juga pautan blog yang sempat saya terokai. Sekurang-kurangnya saya masih dapat mendekatkan diri dengan anda semua.
Mungkin anda telahpun maklum yang tulisan refleksi KKBI saudara Pangeran Mohd Shukri telah saya sunting dan muatkan dalam Wahana Ilmu Edisi September. Saya dapatkan tulisan itu setelah dimuatnaik dalam JPMMPKS@yahoogroup. Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada anda semua khususnya dari opsyen BM untuk bersama-sama saya memperbaiki dan memantapkan buletin terbitan JPM itu. Sehingga kini, nampaknya saya masih berseorangan memperjuangkan buletin tersebut. Pelawaan saya kepada pelajar mahupun pensyarah masih disambut dingin. Benarlah kata-kata Tuan Haji Mohd Isa Razak, kerja-kerja menulis bukanlah sesuatu yang mudah, baik yang bersifat kreatif mahupun akademik. Sehinggalah kita berhadapan dengan situasi yang mendesak barulah kita mahu menulis. Ironinya, kita adalah golongan intelek yang kaya dengan ilmu pengetahuan, bakal bergelar sarjana yang sepatutnya menjadi rujukan pelbagai pihak. Hari ini, IPG sedang bersaing dengan IPTA. Budaya mengkaji, menyelidik dan menulis bukanlah asing di IPTA, tetapi kita masih dalam proses membudayakan kegiatan itu baik dalam kalangan pelajar mahupun pensyarah. Justeru, sebagai golongan intelek, kita memikul tanggungjawab yang berat dan harus membuktikan bahawa kita juga setanding dengan golongan intelek di IPTA. Saya khuatir sekiranya kegiatan menulis tidak dipupuk, kita akan terus melahirkan guru yang hanya mampu mengajar tetapi tidak reflektif dan berfikiran jumud.
Akhir sekali saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Sekalipun tanpa pertemuan atau majlis yang menghimpunkan kita, mesej ini sampai kepada setiap individu yang menghuni kelas PPPRPET opsyen BM.
Sekian.
Firdaus JPM
22 September 2008
10 Sep 2008
Ramadhan (siri no 1)
Salam akhir harap kenangan
Awal Ramadhan harap dugaan
Akhir Ramadhan harap makanan
Minggu kuliah minggu memenatkan
Minggu puasa minggu menahan
Hari kuliah hari tugasan
Hari puasa hari kelaparan
sambung akan datang...Terima Kasih
7 Sep 2008
Terima Kasih kepada KJPM, Encik Firdaus kerana menjadi ahli blog PISMP BM IPKS.
Terima Kasih
3 Sep 2008
terima kasih
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PM = Pakcik Moderator kerana sudi menjemput saya untuk menyumbang dalam blog ini.
Syabas dan tahniah kepada PM atas penghasilan blog ini.
Diharapkan kita dapat mewujudkan perkongsian dan juga percambahan idea melalui blog ini.
Terima kasih...


