SELAMAT DATANG.

P.I.S.M.P. BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2007, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH.

Sila isi Buku Pelawat, terima kasih.

8 Nov 2008

cikgu ajar / mengajar murid tak pakai tudung

"Sabri menerima arahan pertukaran daripada PPD ke sebuah sekolah pedalaman, berat rasanya dia nak meninggalkan sekolah yang begitu dia sayangi, tetapi demi tugas dia gagahkan juga ke sana.

Seperti di sekolah-sekolah terdahulu, sebelum meninggalkan sekolah, Sabri akan bersalaman dengan murid-murid sebagai tanda perpisahan dengan mereka. Sebaik sahaja Sabri bersalam dengan seorang murid lelaki, murid itu terus bertanya padanya, " Cikgu ,nanti cikgu ajar budak perempuan tak pakai tudunglah ye?,Sabri tergelak sambil memarahinya," kamu ni, takkanlah saya nak ajar budak perempuan tak pakai tudung, sayakan orang Islam, berdosa kalau saya suruh mereka tak pakai tudung.". Budak itu tersengih mendengar jawapan Sabri.

Esoknya, Sabri pun melaporkan diri ke sekolah tersebut, sebaik sahaja Sabri melangkah masuk ke pintu pagar sekolah, dia ketawa sendirian kerana betullah kata budak lelaki tu, memang dia akan mengajar budak perempuan tak pakai tudung, sebab budak-budak perempuan itu budak asli, confirm tak bertudung.
"

Diambil dari http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=18191
Terima Kasih