SELAMAT DATANG.

P.I.S.M.P. BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2007, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH.

Sila isi Buku Pelawat, terima kasih.

20 Sep 2008

Peserta ratu pondan dikena bon RM1,000

Oleh Betty Subaryati dan Haspaizi Mohd Zain
bhkb@bharian.com.my

Guru Pendidikan Seni diperintah berkelakuan baik dua tahun, ditukar ke PPD Bachok

BACHOK: Seorang guru Pendidikan Seni dikenakan bon jaminan RM1,000 dan perintah berkelakuan baik selama dua tahun oleh Mahkamah Syariah di sini, kelmarin, selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan menyertai pertandingan ratu pondan di sebuah resort di Telong di sini, akhir Julai lalu.

Tertuduh, Mohd Zaki Yaakub, 27, yang dipindahkan ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bachok sejak Ogos lalu, diarah melaporkan diri di Pejabat Agama Jajahan Bachok setiap empat bulan sekali.

ohd Zaki mengaku bersalah terhadap tuduhan mengikut Seksyen 7, Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 1985 iaitu memakai pakaian wanita dan berlagak seperti wanita.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Salwani Abdul Rahman di hadapan Hakim Syarie Mohmad Nabil Mohmad Shukri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Di mahkamah sama, seorang lagi rakan tertuduh, Mohd Adli Salleh, 20-an, dihukum penjara sehari dan denda RM1,000 kerana kesalahan sama.

Mohmad Nabil ketika menjatuhkan hukuman, berkata beliau turut mengambil kira pengakuan bersalah dibuat mereka dan diharap dapat memberi pengajaran kepada tertuduh. Kedua-dua tertuduh membayar denda dan wang jaminan dikenakan.

Berdasarkan laporan sebelum ini, kira-kira 50 pondan menyertai pertandingan ratu di resort berkenaan, bertempiaran lari sebaik menyedari serbuan penguat kuasa JAHEAIK dengan bantuan Majlis Perbandaran Kota Bharu dan Majlis Daerah Kota Bharu kira-kira jam 9 malam.

Ada antara pondan terbabit terjun ke sungai berhampiran resort dalam cubaan melarikan diri, tetapi 16 daripada mereka berusia antara 20 hingga 30 tahun ditahan sebelum didakwa secara berperingkat di Mahkamah Syariah kerana kesalahan berpakaian dan berlagak seperti wanita.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Kelantan, Mohd Ghazali Abd Rahman ketika dihubungi, berkata guru terbabit kini ditempatkan di PPD Bachok tanpa sebarang jawatan khusus tetapi wajib melaporkan diri setiap hari.

Katanya, berikutan keputusan mahkamah itu, pihaknya akan menghantar laporan kepada Kementerian Pelajaran bagi mengesyorkan tindakan tatatertib kerana ia mencemarkan profesion perguruan.

“Tindakan selanjutnya bergantung kepada keputusan jawatankuasa tatatertib yang akan menilai pembabitan guru itu termasuk bentuk tindakan disiplin yang dikenakan terhadapnya,” katanya.
Terima Kasih


Tiada ulasan: