SELAMAT DATANG.

P.I.S.M.P. BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2007, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH.

Sila isi Buku Pelawat, terima kasih.

7 Sep 2008

Meriahkan Blog PISMP BM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setelah dua hari mencuba dan terus mencuba, akhirnya saya berjaya mendaftar sebagai ahli blog ini. Entah di mana silapnya, percubaan awal mendaftar menjadi ahli sentiasa gagal. Akhirnya hari ini, 7 September bertempat di bilik JPM...termakbul jua usaha ini. Semuanya berkat kesabaran dan keazaman ingin menyokong usaha kalian sekaligus memeriahkan blog ini.

Tahniah kepada saudara Ian sebagai moderator dan rakan-rakan beliau yang saya pasti telah bertungkus lumus merealisasikan blog ini. Harapan saya, agar langkah awal ini akan disusuli dengan ribuan langkah lagi sehingga blog ini mampu menjadi contoh terbaik kepada pelajar-pelajar lain. Justeru, saya menyeru kepada pelajar yang belum mendaftar sebagai ahli blog ini, mendaftarlah dengan segera dan jadilah ahli yang aktif.

Cuma saya masih tertanya-tanya bagaimana dengan laman yang diusaha semasa semester lepas. Laman yang dibina dengan bimbingan Tuan Haji Mohd Isa b Razak dalam mata pelajaran PP BM Berbantukan Komputer. Kalau tidak silap saya, laman itu sudah siap dan kandungannya juga hampir lengkap. Maksud saya mengandungi maklumat semua pelajar PISMP BM termasuk gambar dan biodata. Jika masih dapat digunakan maklumat tersebut dan dipaut melalui blog ini, rasanya lebih baik.

Akhir sekali, Tahniah dan terima kasih kerana berjaya menyediakan satu wahana yang dapat menjana pemikiran dan perbincangan.

Firdaus JPM
Terima Kasih


1 ulasan:

PISMP BM berkata...

Terima kasih kepada Encik Firdaus Ketua Jabatan Pengajian Melayu IPKS di atas kesudian menjadi ahli dalam blog ini. bagi makluman Encik Firdaus, laman web yang diusahakan dari semester lalu itu sebenarnya mempunyai banyak kesilapan yang perlu dibaiki dari peringkat akar-umbinya. ini sangat memakan masa. saya memilih BLOGSPOT sebagai medium perkongsian PISMP BM kerana ianya lebih mudah dikendalikan dan banyak kelebihan yang tersendiri. walau pun demikian, saya akan cuba untuk meneruskan pembaikan projek laman web semester lepas.

sekian..