SELAMAT DATANG.

P.I.S.M.P. BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2007, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH.

Sila isi Buku Pelawat, terima kasih.

7 Sep 2008

Kita dan Persekitaran.

Salam damai buat semua.
"Kulitnya bersih, hati pun bersih
Budi yang baik hatinya pengasih

Kulitnya bersih hati pun bersih
Memikul belati tiada memilih

Jadikan bersih hati pun putih
Berkata benar bermulut fasih

Jadikan bersih, hati pun putih

Dialah khazanah pintu terpilih
A a a aa aaa...aaaaa"

Wa lagu Tan Sri SM Salim berduet dengan M. Nasir! Saya terdengar lagu tersebut semasa melalui bilik Ketua Blok kita, Saudara Nasir. Mungkin dia agak meminati Tan Sri kerana berjaya mendendangkan lagu-lagu irama tradisional dengan agak baik sekali. Sejurus selepas itu, saya terpandang kepada objek yang berada dihadapan saya. SAMPAH. Walaupun pada bulan ramadhan ini sepatutnya kuantiti sampah adalah berkurangan daripada bulan-bulan yang lain, tetapi objek tersebut tetap berlonggok.

Mungkin terleka yang pada hari ini 'KAZA Maintanence' tidak bertugas. Jadi, masalahnya di sini, kita sedia maklum longgokan sampah sedemikian pasti akan mengundang penyakit jika dibiarkan berterusan. Selain itu, pemandangan yang indah di 'port' kita akan tercemar oleh masalah sampah ini. Sampah yang berlonggok juga akan memungkinkan kehadiran lipas-lipas di kawasan kita. Cukuplah kita hanya menjaga 3 'kanak-kanak' serta ibunya di kawasan luar koridor kita.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mencadangkan agar kita (Rakan lelaki sahaja) bertanggungjawab ke atas sampah-sampah yang telah kita hasilkan. Sekiranya ada yang tidak bersetuju dengan cadangan ini harap dapat mengemukakan cadangan lain bagi menyelesaikan masalah sampah ini. Demi kebaikan kita bersama! Salam Damai!!






'
Terima Kasih


2 ulasan:

iankaka' berkata...

Persekitaran yang bersih membentuk warga yang sihat dan cergas! sampah-sampah yang selalu berlonggok di asrama sangat menyakitkan mata, hidung, serta mencemarkan persekitaran asrama... saya rasa, ini merupakan tindakan yang perlu diambil dengan cepat oleh Saudara Nasirudin selaku ketua asrama blok B... jangan hairan sekiranya pada suatu masa nanti akan hadir penyakit-penyakit yang tidak diingini akibat daripada sampah itu... HAPUSKAN SAMPAH!

penjejak pismp berkata...

Pendapat saya, Mohd. Imran perlu mengambil peranan di sini sebagai 'Rakan Sebilik Separuh Masa' kepada saudara Nasir dan memandangkan beliau merupakan 'Penolong Ketua Blog'