SELAMAT DATANG.

P.I.S.M.P. BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2007, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH.

Sila isi Buku Pelawat, terima kasih.

6 Mac 2009

Hentikan Tanggapan Buruk Terhadap Kami!!!

Saban hari kita sering mendengar pelbagai cemuhan dan kritikan yang dilontarkan kepada kumpulan kita. Hampir setiap hari juga kita dihujani dengan bermacam-macam komen daripada pensyarah berkenaan sikap dan personaliti kita. Saya rasa terpanggil untuk memberitahu hal yang sebenar kepada mereka kerana saya sendiri tergolong dalam kumpulan yang dimaksudkan. Saya tidak berat kepada mana-mana pihak. Tetapi saya juga tidak bersikap berkecuali dalam hal ini.

Kata pepatah ada mengatakan, ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’, ‘kerana seekor kerbau bermain lumpur, semuanya turut tercalit’. Memang sudah menjadi lumrah manusia melakukan kesilapan demi kesilapan. Sesungguhnya tiada orang yang sengaja melakukan kesilapan berulang kali kerana tiada manusia yang dilahirkan sempurna. Kita sendiri belajar daripada kesilapan-kesilapan yang kita lakukan. Thomas Edison, pencipta lampu yang mungkin tidak kita kenali turut melakukan kesilapan. Bukan satu, bukan seratus tetapi beribu-ribu kesilapan sehingga sebuah mentol lampu tercipta dan kita nikmati pada hari ini.

Saya tidak berniat untuk menjawab segala cemuhan yang dilontarkan kepada kumpulan PISMP BM Semester 5 kerana di sini bukan ruangnya untuk berbuat demikian. Komen dan kritikan yang disampaikan dari mulut ke mulut hanya akan menambah luka yang sedia ada tidak akan menyelesaikan masalah sama sekali. Antara komen popular yang diberikan oleh pensyarah kepada kita ialah:

Tidak bersosial dengan baik dengan para pensyarah.
Semakin bersikap ego disebabkan oleh ‘title’ senior yang dipegang.
Personaliti yang tidak menampakkan ciri-ciri seorang guru.
Tidak memberikan respon di dalam bilik darjah.
Selalu tiada di dalam kelas.
Keluar ke kafeteria sebelum waktu rehat dan lain-lain.

‘Kalau tiada angin bertiup, masakan pokok bergoyang’. Kalau tiada sebab, perkara-perkara tersebut tidak akan berlaku. Untuk pengetahuan para pensyarah khususnya pihak pentadbiran, jika dibandingkan dahulu dan sekarang memang kami telah banyak berubah. Dulu, kelas kami umpama kelas kanak-kanak pra-sekolah dengan iklim yang sangat ceria dan baik. Dulu, banyak bakti dan jasa yang telah kami sumbangkan demi institut yang tercinta ini. Kalau hendak diceritakan memang terlalu banyak. Dari hal yang sekecil-kecil hingga yang sebesar-besarnya. Saya yakin sepenuhnya bahawa segala bakti dan titik peluh yang kami berikan secara langsung turut membantu dalam melancarkan hal-hal pentadbiran serta menaikkan nama institut. Saya juga turut yakin, tanpa kumpulan kami, institut ini tidak akan mampu pergi jauh. Mahu saya ungkit jasa-jasa itu? Rasanya tidak perlu dan tidak ada kepentingan untuk berbuat demikian. Walau bagaimanapun, jasa yang diberikan nampaknya tidak dihargai malah kami dilemparkan dengan kritikan yang langsung tidak membina. Kenapa demikian? Hanya disebabkan oleh kesilapan-kesilapan yang kami telah lakukan di atas. Lantas, pelbagai komen dan cemuhan diberikan ke atas kumpulan kami. Perkara tersebut menjadi lebih buruk apabila para pensyarah yang tidak pernah masuk mengajar di kelas kami turut dihantui oleh berita buruk tentang kami.

Demikianlah fitrah manusia yang hanya menilai dari luaran sahaja tanpa menyelami dan mendalami hati budi seseorang. Yang manis terus ditelan, yang pahit terus dibuang. Apa yang didengar terus diterima bulat-bulat tanpa diselidiki dan diamati terlebih dahulu. Apa yang cantik di mata terus dilabel sebagai sempurna, yang buruk dibiarkan terus buruk dan tidak dipedulikan. Demikianlah sikap manusia yang merasakan diri mereka sudah terlalu baik dan tidak mahu menerima golongan yang lemah. Segala jasa dan bakti baik yang dilakukan hancur musnah disebabkan oleh satu perkara buruk yang dilakukan.

Komen dan kritikan yang dilontarkan itu tidak akan menyelesaikan masalah sama sekali. Malah perkara tersebut hanya menambahkan luka yang telah berdarah. Dalam usaha untuk menyelesaikan masalah ini, marilah kita sama-sama membuat refleksi, renungan dan muhasabah diri kita tentang sejauh mana diri kita boleh dilabelkan sebagai baik di mata masyarakat khususnya para pensyarah. Kita tidak boleh berterusan begini kerana masalah harus diselesaikan. Saya mencadangkan agar mana-mana pihak yang berasa bertanggungjawab terhadap hal ini untuk tampil bagi menyelesaikan masalah ini secara profesional. Saya turut mencadangkan agar pihak tersebut mengadakan satu perjumpaan antara kumpulan kami (PISMP BM Semester 5) dengan para pensyarah di suatu tempat yang difikirkan perlu. Perjumpaan ini diharap dapat menjadi wadah untuk menyelesaikan masalah secara profesional sekali gus menghapuskan persepsi negatif terhadap kumpulan kami.

Kepada rakan-rakan, saya amat menghargai sekiranya anda semua dapat memberikan respon terhadap post ini.

Sekian.

Terima Kasih


3 Mac 2009

Pembahagian kumpulan ceramah BIG

Kumpulan 1

Ranger

Rizal

Keffly

Palvee

Jacq

Pija


Kumpulan 2

Zura

Megs

Fawwaz

Laila

Shahira

Kumpulan 3

Achai

Cuki

Stan

Camel

Shahira


Kumpulan 4

Cikun

Ian

Imran

Nurul

Mel



[sumber dari kipop] :)


Terima Kasih


TENTATIF PROGRAM CERAMAH B.I.G PISMP BM SEM 5 [04.03.2009]

TENTATIF PROGRAM CERAMAH BIG

4 Mac 2009 (Rabu)

7.00 am - Sarapan Pagi

7.30 am - Para pelatih mengambil tempat di Bilik Simulasi 2, IPGM Kampus

Keningau

7.45 am - Ketibaan Penceramah, En. Awang Jaya bin Awang Damit,

Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Akademik JPN Sabah.

8.00 am - Aktiviti ceramah

10.00 am - Minum pagi

10.30 am - Bengkel

11.30 am - Majlis Penutupan / Penyampaian Cenderahati

12.00 am - Makan tengah hari


Terima Kasih


2 Mac 2009

PROGRAM BIG PENANDAARASAN (BENCHMARKING)

ATUR CARA PROGRAM

5 Mac 2009 (Khamis)

6.30 am - Sarapan

7.00 am - Bertolak ke SM Teknik, Keningau

7.30 am - Dijangka tiba di SM Teknik, Keningau.

8.00 am - Taklimat tentang sekolah dan pengurusan sekolah.

10.00 am - Minum pagi

10.30 am - Melawat sekitar sekolah

12.30 am - Pengurusan diri / solat / makan tengah hari

02.00 pm - Persediaan majlis penutupan / Majlis penutupan ringkas / sesi

Bergambar

03.00 pm - Bertolak balik ke IPGM Kampus Keningau.


PEMBAHAGIAN KUMPULAN

Bawang, Teten, Kipop, Imran,
• Ciri-ciri kepimpinan
- Jenis kepimpinan

Imelda, Faedzah, Ian, Cuki,
• Pengurusan
- Sistematik
- Misi sekolah
- Visi sekolah

Laila, Camel, Zura, Ranger, Jacq,
• Iklim sekolah / budaya sekolah

Palvee, Rizal, Megat, Nurul
• Infrastruktur / infostruktur kurikulum
- Makmal : Bahasa, Sains, Biologi, Fizik
- Pusat Sumber

Acai, Fawaz, Cikun, Shahira
- Pembelajaran kendiri
- Bilik-bilik khas mata pelajaran
- Kios pembelajaran

*Setiap kumpulan diminta utk menyediakan soalan-soalan berkaitan tajuk-tajuk yang telah diberikan.

Terima Kasih


27 Feb 2009

JoM..SanTai Ria..

...sila klik untuk besarkan...

Bersempena dengan bulan percintaan [kepada yang masih hangat bercinta] dalam bulan Februari ini, mari kita bersama-sama melihat jadual kekuatan cinta anda berdasarkan bintang horoskop anda dan pasangan masing-masing.

p/s: maklumat sekadar hiburan semata-mata..jangan percaya 100%..nanti ada yang gaduh karang..emmm..selamat bergumbiraa...
[kepada cik Nurul Aina..puas ati suda sa post ni benda?akakakaka..]


Terima Kasih


24 Feb 2009

TEKNIK & AKTIVITI P&P
Teknik adalah satu muslihat / strategi / taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mangantar Simanjuntak ( 1981; 57 )
A technique is an implementational – that which actually takes place in a classroom. It is a particular trick, stratagem, or contrivance used to accomplish an immediate objective. Edward M. Anthony ( 1963 )

1. Teknik merupakan cara yang paling berkesan untuk mencapai sesuatu objektif.
2. Wujud dalam jangka masa yang panjang ataupun dicipta pada masa sebelum sesuatu perlakuan dijalankan oleh individu.
3. Berlawanan dengan konsep cuba dan ralat.
4. Setiap teknik yang digunakan / diciptakan haruslah selaras dengan kaedah yang digunakan & seirama dengan pendekatan yang menjadi pegangan.

Konsep teknik merupakan konsep yang paling konkrit. Teknik boleh wujud dalam bentuk aktiviti, strategi / langkah pengajaran & disertai dengan bahan / alat pengajaran yang spesifik yang dibentuk khas untuk sesuatu teknik. Sesuatu teknik itu digunakan dalam langkah pengajaran kerana teknik dianggap berkesan untuk mencapai sesuatu objektif khusus yang hendak dicapai.

Contoh teknik dalam pengajaran dan pembelajaran :
• Dialog / Forum
• Sumbang saran
• Perbincangan
• Perbahasan
• Simulasi
• Bercerita
• Main peranan
• Permainan bahasa
• Tunjuk cara
• Menyanyi
• Puisi
• Latih tubi
• Syarahan
• Drama


Terima Kasih


17 Feb 2009

Tugasan PSK

Tarikh tugasan diterima : 16 Februari 2009


Menyediakan dan membentangkan satu RPH yang lengkap secara individu (Subjek PSK) dengan mengaplikasikan kaedah dan teknik yang telah dipelajari dalam bentuk power point.

Masa : 60 Minit
Dibentangkan pada minggu seterusnya


Terima Kasih


16 Feb 2009

Tugasan daripada En. Johan Manggata

sila buat kedua-dua tugasan A dan B.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS KENINGAU

PROJEK PSK3103


Nama Pelatih : ...................................................................................................................

Jabatan : Jabatan Kajian Sosial

Mata Pelajaran : Kaedah Pengajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Kursus : PISMP Sains

Semester : 5

Tarikh mula : 17 FEBRUARI 2009

Tarikh terima / Hantar : 31 MAC 2009


OBJEKTIF:

1. Mengumpul maklumat tentang teknik-teknik pengajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

2. Merancang aktiviti yang melibatkan mana-mana teknik yang bersesuaian untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

3. Mengaplikasikan teknik yang dirancang di dalam kelas dengan baik.

4. Merancang dan menulis serta mengaplikasikan rancangan pengajaran dan pembelajaran harian dengan baik.

Penerangan Tugasan:


ARAHAN

1. Tugasan dinilai berdasarkan keupayaan anda mengemukakan bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda.


2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut

2.1 Arial

2.2 Saiz huruf 11

2.3 Langkau satu setengah baris

2.4 Rujukan mengikut format APA

2.5 Lampiran

2.6 Kulit luar Tugasan Pelajar perlu ada butir–butir yang berikut:

- Nama Pelajar

- Angka Giliran

- No. Kad Pengenalan

- Kumpulan / Kursus

- Kod dan Mata Pelajaran

- No. Telefon pelajar


3. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut:



Bahagian A


i. Mengumpul maklumat tentang pelaksanaan teknik dan aktiviti pengajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

ii. Merancang aktiviti pengajaran dengan menggunakan salah satu teknik yang sesuai dengan topik yang dipilih.

iii. Melaksanakan aktiviti pengajaran yang dirancang dalam bilik darjah



Bahagian B


i. Merancang dan menulis serta mengaplikasikan rancangan pengajaran dan pembelajaran harian dengan melaksanakan pengajaran mikro.



4. Pemberatan tugasan 60%


5. Keseluruhan isi dan pengelolaan perlu menunjukkan keaslian, kematangan hujah dan ilmiah. Amalan plagiat tidak dibenarkan


6. Panjang tugasan tidak kurang daripada 15 muka surat ( tidak termasuk lampiran )


7. Tarikh Penghantaran : 31 Mac 2009




Anda dikehendaki merujuk kepada pensyarah untuk menyiapkan kerja kursus ini ( gunakan Borang kolaborasi)



Catatan

Sila rujuk kepada Buku Panduan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu Edisi Pelajar Januari 2006.



Terima Kasih


10 Feb 2009

Tajuk Tugasan KKP EDU3106 Budaya dan Pembelajaran

1. Banding beza tentang kepelbagaian sosio-budaya dari aspek guru, murid, sekolah dan kurikulum tersirat. Tugasan anda hendaklah dilakukan dengan menggunakan pengurusan grafik.
2. Anda diminta memilih tiga kaum utama dalam masyarakat di Malaysia dan nyatakan perbandingan pantang larang kaum-kaum yang dipilih.
3. Bincangkan keunikan pelbagai adat kaum di Malaysia perlu dihormati dan dihargai dan berikan pendapat anda sebab keunikan ini perlu diterapkan dalam diri para disekolah anda.
4. Sediakan satu pelan lantai persekitaran budaya pembelajaran yang mesra. Huraikan pelan lantai yang dirangka ini boleh membentuk budaya pembelajaran yang mesra.
5. Pada pendapat anda bagaimana ketaksamaan peluang pendidikan boleh mengubah sistem dan budaya pembelajaran sesebuah negara terutamanya di Malaysia yang mempunyai penduduk pelbagai.


Terima Kasih


Penting!!!pembahagian kumpulan dan tajuk soalan KKP EDU3106

Pembahagian Kumpulan dan Tajuk Soalan untuk tugasan Kerja Kursus Pendek(KKP) EDU3106 Budaya dan Pembelajaran

Kumpulan 1
1. Memel
2. Kipop
3. Cuki
Tajuk soalan : Soalan 3

Kumpulan 2
1. Pja
2. Teten
3. Shahira
Tajuk Soalan : Soalan 4

Kumpulan 3
1. Laila
2. Carmel
3. Fawwaz
Tajuk Soalan : Soalan 2

Kumpulan 4
1. Jacq
2. Nurul
3. Zuraimin
Tajuk Soalan : Soalan 5

Kumpulan 5
1. Keffly
2. Palvee
3. Imran
Tajuk Soalan : Soalan 2


Kumpulan 6
1. Achai
2. Cikun
3. Rizal
Tajuk Soalan : Soalan 3

Kumpulan 7
1. Ian
2. Ranger
3. Megat
Tajuk Soalan : Soalan 1

Perhatian!!!
1. Panjang tugasan Kerja Kursus Pendek ini ialah dalam lingkungan 10 – 12 muka surat (Microsoft Word).
2. Sediakan juga dalam bentuk Powerpoint untuk tujuan pembentangan di kelas.

p/s terima kasih kepada saudara PISMPBM dan juga Raja Kobog kerana sudi mencabut undi untuk pembahagian soalan kepada setiap kumpulan


Terima Kasih