SELAMAT DATANG.

P.I.S.M.P. BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2007, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH.

Sila isi Buku Pelawat, terima kasih.

6 Mac 2009

Hentikan Tanggapan Buruk Terhadap Kami!!!

Saban hari kita sering mendengar pelbagai cemuhan dan kritikan yang dilontarkan kepada kumpulan kita. Hampir setiap hari juga kita dihujani dengan bermacam-macam komen daripada pensyarah berkenaan sikap dan personaliti kita. Saya rasa terpanggil untuk memberitahu hal yang sebenar kepada mereka kerana saya sendiri tergolong dalam kumpulan yang dimaksudkan. Saya tidak berat kepada mana-mana pihak. Tetapi saya juga tidak bersikap berkecuali dalam hal ini.

Kata pepatah ada mengatakan, ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’, ‘kerana seekor kerbau bermain lumpur, semuanya turut tercalit’. Memang sudah menjadi lumrah manusia melakukan kesilapan demi kesilapan. Sesungguhnya tiada orang yang sengaja melakukan kesilapan berulang kali kerana tiada manusia yang dilahirkan sempurna. Kita sendiri belajar daripada kesilapan-kesilapan yang kita lakukan. Thomas Edison, pencipta lampu yang mungkin tidak kita kenali turut melakukan kesilapan. Bukan satu, bukan seratus tetapi beribu-ribu kesilapan sehingga sebuah mentol lampu tercipta dan kita nikmati pada hari ini.

Saya tidak berniat untuk menjawab segala cemuhan yang dilontarkan kepada kumpulan PISMP BM Semester 5 kerana di sini bukan ruangnya untuk berbuat demikian. Komen dan kritikan yang disampaikan dari mulut ke mulut hanya akan menambah luka yang sedia ada tidak akan menyelesaikan masalah sama sekali. Antara komen popular yang diberikan oleh pensyarah kepada kita ialah:

Tidak bersosial dengan baik dengan para pensyarah.
Semakin bersikap ego disebabkan oleh ‘title’ senior yang dipegang.
Personaliti yang tidak menampakkan ciri-ciri seorang guru.
Tidak memberikan respon di dalam bilik darjah.
Selalu tiada di dalam kelas.
Keluar ke kafeteria sebelum waktu rehat dan lain-lain.

‘Kalau tiada angin bertiup, masakan pokok bergoyang’. Kalau tiada sebab, perkara-perkara tersebut tidak akan berlaku. Untuk pengetahuan para pensyarah khususnya pihak pentadbiran, jika dibandingkan dahulu dan sekarang memang kami telah banyak berubah. Dulu, kelas kami umpama kelas kanak-kanak pra-sekolah dengan iklim yang sangat ceria dan baik. Dulu, banyak bakti dan jasa yang telah kami sumbangkan demi institut yang tercinta ini. Kalau hendak diceritakan memang terlalu banyak. Dari hal yang sekecil-kecil hingga yang sebesar-besarnya. Saya yakin sepenuhnya bahawa segala bakti dan titik peluh yang kami berikan secara langsung turut membantu dalam melancarkan hal-hal pentadbiran serta menaikkan nama institut. Saya juga turut yakin, tanpa kumpulan kami, institut ini tidak akan mampu pergi jauh. Mahu saya ungkit jasa-jasa itu? Rasanya tidak perlu dan tidak ada kepentingan untuk berbuat demikian. Walau bagaimanapun, jasa yang diberikan nampaknya tidak dihargai malah kami dilemparkan dengan kritikan yang langsung tidak membina. Kenapa demikian? Hanya disebabkan oleh kesilapan-kesilapan yang kami telah lakukan di atas. Lantas, pelbagai komen dan cemuhan diberikan ke atas kumpulan kami. Perkara tersebut menjadi lebih buruk apabila para pensyarah yang tidak pernah masuk mengajar di kelas kami turut dihantui oleh berita buruk tentang kami.

Demikianlah fitrah manusia yang hanya menilai dari luaran sahaja tanpa menyelami dan mendalami hati budi seseorang. Yang manis terus ditelan, yang pahit terus dibuang. Apa yang didengar terus diterima bulat-bulat tanpa diselidiki dan diamati terlebih dahulu. Apa yang cantik di mata terus dilabel sebagai sempurna, yang buruk dibiarkan terus buruk dan tidak dipedulikan. Demikianlah sikap manusia yang merasakan diri mereka sudah terlalu baik dan tidak mahu menerima golongan yang lemah. Segala jasa dan bakti baik yang dilakukan hancur musnah disebabkan oleh satu perkara buruk yang dilakukan.

Komen dan kritikan yang dilontarkan itu tidak akan menyelesaikan masalah sama sekali. Malah perkara tersebut hanya menambahkan luka yang telah berdarah. Dalam usaha untuk menyelesaikan masalah ini, marilah kita sama-sama membuat refleksi, renungan dan muhasabah diri kita tentang sejauh mana diri kita boleh dilabelkan sebagai baik di mata masyarakat khususnya para pensyarah. Kita tidak boleh berterusan begini kerana masalah harus diselesaikan. Saya mencadangkan agar mana-mana pihak yang berasa bertanggungjawab terhadap hal ini untuk tampil bagi menyelesaikan masalah ini secara profesional. Saya turut mencadangkan agar pihak tersebut mengadakan satu perjumpaan antara kumpulan kami (PISMP BM Semester 5) dengan para pensyarah di suatu tempat yang difikirkan perlu. Perjumpaan ini diharap dapat menjadi wadah untuk menyelesaikan masalah secara profesional sekali gus menghapuskan persepsi negatif terhadap kumpulan kami.

Kepada rakan-rakan, saya amat menghargai sekiranya anda semua dapat memberikan respon terhadap post ini.

Sekian.

Terima Kasih


17 ulasan:

Carmelliny berkata...

saya setuju fawwaz..kalo ada yg tidak puas hati sama kami ckp terus depan2 bukan jual cerita lagi sama lecturer lain.

Tanpa Nama berkata...

betul3..inilah persepsi buruk pensyarah & hakikatnya nama kita telah diburuk2kan..inilah maksudnya xda kegembiraan d mktb ni..ditekan, dicemuh, diumpat, difitnah, dikeji suma ada..xpayahla dipuji..cukuplah sekadar suma benda2 di atas dihentikan sama sekali..kami x hidup atas gelaran SENIOR..& kami langsung xmenharapkan apa2 drpd title tersebut..tapi hati kami akan 'mati' terhadap institut ini sekiranya sentiasa dilakukan sebegini rupa..LOVE US OR HATE US, WE'RE STILL GONNA SHINE..TOGETHER WE STAND..

Tanpa Nama berkata...

erm! muka2 kita semua ni macam penjaat kali?? haha~ aih... malas dah mo pikir2 benda ni semua.. bikin rosak jiwa ja.. biasa laitu... mcm MR. JOH. cakap.. 100x kita buat baik dan 2,3 kali kita buat yg xbaik, habis 100...(paham kaini? haha) apa bleh buat.. tapi bagi saya, cemuhlah macam mana pun.. kritik, fitnah.. TAPI KAMI AKAN TERUSKAN PERJUANGAN UNTUK IJAJAH KAMI! dan KORANG TIDAK AKAN KAYA DENGAN MELONTARKAN SEMUA TU!

iankaka' berkata...

alamak~ lupa sign in la pula tadi..hehe~ erm!! lali sudah sa dengar smua yg xbaik pasal kelas kita ni.. macam teda rasa suda.. haha.. biar la mereka dengan keluarga mereka~ huahuahua~

~ComeLan~ berkata...

Aiii antah tu 'diorang'... kasi jahat2 kunun urang bah... diorang kutuk2 pun anak murid diorang jua kan... bukannya urang lain... kalo anak murid diorang ada something wrong maksudnya diorang pun ada something wrong la tu...diorang tedak sedar ka tu aa..???? kan diorang tu roll modal kita... emmmm...
p.s~kami turut bersimpati sebab dari sudut pandangan kami kamu semua ok... atau kami pun sama macam kamu jak... tapi kalo sama ada jua yang lebih teruk dari kita tau... diorang jak yang tedak nampak tu kali...

Mohd Firdaus HAS berkata...

Saya membaca luahan hati kalian yang saya pasti sudah lama terbuku. Saya tidak pasti sejauhmana tanggapan buruk pelajar dan pensyarah terhadap kelas anda. Saya melihatnya satu fenomena biasa yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Umpama yang kalian katakan "kerana nila setitik rosak susu sebelanga", dan mengambil kata-kata En Joh... 100 kali buat kebaikan, tapi 1 atau 2 kali kita buat kesilapan, maka kesilapan itulah yang menjadi buah mulut orang. Hasrat untuk mengadakan pertemuan dengan para pensyarah, saya lihat dari sudut yang positif dan murni. Tetapi biarlah melalui saluran yang betul dan matlamatnya untuk meleraikan segala tanggapan dan prasangka, bukan untuk membangkitkan isu siapa benar dan siapa yang silap. Ada baiknya kemukakan segala luahan hati anda ini melalui tutor dan sekiranya perlu ajukan juga kepada HEP. Pada masa yang sama perlu ada muhasabah diri dan sentiasa beriltizam memperbaiki kelemahan diri.
Ringkas sahaja dari saya, anggap semua yang kalian hadapi hari ini sebagai suatu cabaran kecil yang suatu hari nanti bila keluar sebagai seorang guru yang dikelilingi oleh masyarakat, cabarannya lagi besar.

PISMP BM berkata...

Betul, betul, betul~ di sekolah nanti pasti lebih banyak cabaran yang lebih berat perlu kita tempuhi... anggap saja semua yang berlaku sekarang sebagai satu latihan untuk kekuatan J.E.R.I.S demi kepentingan masa hadapan... biar macam mana pun tanggapan orang terhadap kita... yang penting kita sentiasa tahu dan sedar bahawa kita berada dilandasan yang betul... yang paling penting, jangan kita jadikan tanggapan buruk ini sebagai beban yang boleh menjejaskan prestasi sepanjang kita berada di institut ini... ingat~ mereka tidak akan dapat apa-apa pun dengan memburuk-burukkan PISMP BM SEM 5.. tidak akan KAYA.. dan TIADA UNTUNG pun..

project.D berkata...

ermm...mayb lect teda ceta uda ngan kelas kita ne...nda payah layan bha...kc iyaa saja...kalo dilayan lagi menjadi...lagi pn, elaun kita tidak kurang juga bha klu dorg ckp mcam tu...masing2 pny pendapat kan...

p/s : sori moderator..out of topic jap...elaun buku bila kuar ar??hehe

PISMP BM berkata...

elaun buku dengar-dengar macam bulan Mac ni.. tunggu..tunggu~ duit~ duit~~

project.D berkata...

ermm..out of topic lagi mod..sori..hehe...akmal ckp td elaun buku bln MEI br kuar!!!nda taw btul ka nda tuh...

Feefay berkata...

Makaseh mr. fir kerana memberi semangat kpd kami suma..

oum berkata...

pedulikan apa yg mereka katakan..sama ada kita betul atau tidak..kita tetap akan dipersalahkan..memetik kata - kata seorang pensyarah d HEP.."kamu melawan pensyarah..ibarat kamu melawan dinding..yang sakit tetap kamu..dinding tak rasa apa - apa"..kami pun pernah berada di tempat kamu..dianugerahkan dengan pelbagai gelaran memualkan sedangkan hakikatnya kami tidaklah seteruk yang disangka..bak kata fawwaz..hanya kerana setitik nila..sebelanga musnah susunya..

setuju dengan saranan 'tanpa nama'.. LOVE US OR HATE US, WE'RE STILL GONNA SHINE..TOGETHER WE STAND..buktikan bahawa mereka salah..sudah kebiasaan manusia..ego bila diberi kuasa..

Tanpa Nama berkata...

Saya terbaca luahan rasa penulis....nampaknya saudara ada point....tapi saudara kena sedar keadaan saudara. Memang saudara banyak jasa dengan IP, tapi nampak melampau bila kata tanpa anda siapalah IP.
Anda perlu faham, anda merupakan pelajar, atau pelatih guru. Anda cuma dalam latihan. Pensyarah berhak untuk berkata apa saja walaupun anda tidak suka. Bezanya dia dengan anda, mereka adalah senior anda bila anda bekerja sebagai GURU. Jangan ingat anda masuk IP, perangai macam kakitangan awam yang dah sah.
Anda masih kosong lagi....baru ja praktikum sudah mahu melawan pensyarah. Kalau anda bersifat begitu, tidak mustahil murid anda akan melawan anda juga. Jadilah resmi padi, makin tunduk makin berisi. Setakat senior maktab ja, nothing.....anda tiada dalam perkhidmatan awam....jadi jangan berlagak macam kakitangan awam.
Ingat, pensyarah membantu anda. jahat mana tanggapannya, fikirlah sendiri. Ukur baju badan sendiri. Jangan terhegeh-hegeh macam orang berjasa di maktab sahaja. Ingat, tidak boleh takbur dan menunjuk....kalau melampau sangat, jangan hairan kalau anda dilayan lebih teruk masa anda posting. Minta maaf kalau terasa....sedar diri anda, anda tiada gred dan belum tentu dilantik dalam kerajaan. Sedarlah diri. TUMPUKAN PELAJARAN SAHAJA....

Tanpa Nama berkata...

Wahai Tanpa Nama (27 Apr 09), makaseh kerana memnberi komen yg "SUNGGUH MEMBINA" dan "MEMBERI SEMANGAT, SOKONGAN & DORONGAN" kpd kami..ini skdr luahan hati krn kmi amat ttekan dgn situasi yg diwujudkan pensyarah. kami sedar siapa kami, maka dgn sbb 2 la entry ni ditulis. kmi x diberi peluang langsung & mmg xda yg akan sudi mendgr luahan hati kami..seperti yg dijlskan, kami x bangga langsung dgn title senior maktab & btl la ckp anda IT'S NOTHING..tp asal ada pa2 ja, mesti kuar ayat 'kamu tu senior' & seumpamanya. So, siapakah yg mewujudkan title i2 dulu? fikir la sendiri klo rajin..by da way, ada pensyarah yg sgt membantu & ada pensyarah yg sgt x membantu..kepada pensyarah yg membantu kami terutamanya dari segi pelajaran & hal2 yg bkaitan ngan maktab, setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan..jasamu dikenang sampai mati..kepada yg hanya tahu menyalahkan & memberi komen yg sedikit pun x membina serta memberi semangat, dorongan & sokongan makaseh jg kerana hanya memberikan kami tekanan mental & emosi..sm2 la kt muhasabah diri..

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama (27 Apr 09) menulis:-
Terima kasih kerana membaca ulasan saya....saya tidak merendahkan sesiapa...tapi itulah realiti....sama ada anda menerima atau tidak, terpulang. tetapi saya hanya memberi pendapat memandangkan isu yang diluahkan sebenarnya realiti kehidupan sebenar.
Apa yang penting sekarang ialah tumpukan sahaja kepada pelajaran anda. Fikirlah orang tua anda. Kalau setakat dicakap pensyarah tu memanglah. Saya dahulu siap sampai lawan pensyarah lagi, tapi hakikatnya dia guru kita murid. Siapa kita kalau kita sendiri menuntut ilmu dari dia.
Jangan fikirkan sangat hal ini. Secara psikologinya, memang pensyarah cemburu dengan anda. Kalau mereka tidak tegur atau bising, maka kelas anda yang paling boring. Jangan cepat sangat melatah, nanti ada yang rugi.
Saya pernah dimarah oleh pensyarah IPKS satu masa dulu. Akhirnya pensyarah itu bangga dengan saya. Amat sukar untuk mempercayai bahawa saya tidak disukai oleh pelajar dan pensyarah dipuji dan dihormati akhirnya oleh pelajar dan pensyarah. Yang penting kualiti anda sebagai graduan IP. Itu penting. Jahat mana anda, buruk mana anda, tapi jika anda menghasilkan kualiti yang tinggi, Insya Allah anda akan dipuja dan dipuji oleh pensyarah dan warga IP.
Nasihat saya, kembali kepada niat anda masa mula-mula masuk maktab. Ingat permulaan anda, sebab itu titik tolak anda di sana. Apa yang paling penting, hargai masa dan cabaran masa di maktab. Anda tidak perlu buat perjumpaan dengan pensyarah untuk menyelesaikan hal ini. Saya fikir anda tahu peribahasa ini :-
Menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berserakan.
Akhir kata, ingatlah jasa ibu bapa anda. Anda masuk ke maktab kerana mereka. Teruskan perjuangan. Pekakkan telinga. Saya rasa elaun anda diberi juga walaupun dihentam pensyarah bukan. Anda tidak perlu risau. Saya tidak menyebelahi mana-mana, sebab anda masih HIJAU dan belum pun berkhidmat dengan kerajaan atau menjadi guru berijazah. Terima kasih kepada Tanpa Nama lagi satu......kalau terasa, saya minta maaf. Tapi saya bercakap atas dasar pengalaman, tapi kalau rasa saya pengalaman saya tidak boleh pakai, sekurang-kurangnya saya membantu anda sebagai bekas graduan dan pendidik.

Terima kasih
GURU CEMERLANG DG44

Tanpa Nama berkata...

Marilah kita sedar diri kita sendiri dan buatlah apa-apa kerja yang patut kita lakukan.
Perbaiki hubungan dan hentikan sikap memburuk-burukkan sesama sendiri. Masing-masing ada kelemahan dan kelebihan sendiri. Sama-sama perbaiki. Buang yang keruh dan ambil yang jernih.

Tanpa Nama berkata...

jangan gaduh-gaduh k...
peace...