SELAMAT DATANG.

P.I.S.M.P. BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2007, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH.

Sila isi Buku Pelawat, terima kasih.

2 Dis 2008

Cerita musim cuti...

Assalamualaikum dan salam cuti buat semua...

Pa kabar? Lama juga 'lidah rasmi' kita ini tidak berkata-kata. Pa juga cita cuti kamu? Owh ya ari tu cikun ada menghantar berita yang kurang sedap untuk di dengar. Kononnya, peperiksaan kali ini ada yang memperoleh kelulusan yang kurang memuaskan (pendek kata G***L)... Huhu risau pula aku...huhu..Tp pa leh buat kalau sudah suratan takdir...hahaha..x pa kita jadikan kegagalan satu pendorong untuk lebih berjaya... (tiap-tiap sem cakap cgitu..tapi xpa at least ada azam...hahahaha)

hantar2 la cita korang r...Terima Kasih


13 Nov 2008

CERITA DARI LIKAS....









Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pa cita kamu sana? Jadi ka tu jamuan? Sori la x join...ala aku ada atau xda sama ja... xda effect pun...hahaha (betul ka Pal?) Tujuan aku menulis kali ini untuk tulis cita sal hoki yang aku ikut..bukan pa, sekadar perkongsian...Kepada sesiapa yang x tau, aku n Harsidi sedang mengikuti team Keningau..Sebenarnya kemasukkan kami ke team ini bukanlah kerana kecampinan kami..tapi kerana kekosongan yang diberikan oleh beberapa orang guru... Tapi, ada ura-ura mengatakan kemasukan kami adalah kerana kehenseman kami (hahaha) tapi sejauhmana kebenarannya, hanya anda yang dapat menilainya...

Hari ini, team kami telah bertemu dengan Tawau (pasukan yang paling hebat la kunu) dengan keputusan 2-3 (Kalah nasib ja) dan Beaufort (3-2 yuhu menang..). Besok kami akan bertemu dengan PBU. Doakan aku sihat hahaha...Owh ya Cikun, utk pegtahuan ko, kaki aku dah ok skg (ada la dalam 75 %)... Myb disebabkan oleh ubat Pak Mat, or disebabkan oleh rendaman air suam (cadangan achai)...myb juga sal Tongkat Ali si RCD...hehehe

Satu yg menarik ingin aku kongsikan lagi cni, budaya psiko menyaiko... Team mate sendiri pun bleh marah kita tym game...wah dasat jugak r..aku kena saiko oleh team sendiri sal kasut aku terterbang cz x ikt kuat2 (ahhaha)...kindet tul..tp lepas main dorg ok...bleh gelak ketawa lagi.. x tau la..myb budaya dorg agaknya...

Papa pun ni satu pendedahan kpd aku..taun depan aku mo bawa team IPKS g sni... (azam aku)..majoriti team hoki kngau actly adalah dalam kalangan PISMP BM...

*Pesanan: Harap semua PISMP Bm dapat mengekalkan stamina n meningkatkannya pada cuti ini.. cz taun depan ada olahrga interclass, ada KAGUM...kita kasi penuh lagi fligt g smjg dengan bdk BM...ada bangkangan?

Terima Kasih


gelagat peserta perkhemahan pengakap manikayu 2

















Terima Kasih


12 Nov 2008

our battle officially ends at 11.00am 12-11-08

ya,
perjuangan kita untuk semester ini sudah berakhir.

Pray to God that everyone pass and tiada mengulang.
(biarlah pointer turun tapi jan ja fail.)
AMEN.

kepada rakan sekalian,
happy holiday!



Terima Kasih


8 Nov 2008

cikgu ajar / mengajar murid tak pakai tudung

"Sabri menerima arahan pertukaran daripada PPD ke sebuah sekolah pedalaman, berat rasanya dia nak meninggalkan sekolah yang begitu dia sayangi, tetapi demi tugas dia gagahkan juga ke sana.

Seperti di sekolah-sekolah terdahulu, sebelum meninggalkan sekolah, Sabri akan bersalaman dengan murid-murid sebagai tanda perpisahan dengan mereka. Sebaik sahaja Sabri bersalam dengan seorang murid lelaki, murid itu terus bertanya padanya, " Cikgu ,nanti cikgu ajar budak perempuan tak pakai tudunglah ye?,Sabri tergelak sambil memarahinya," kamu ni, takkanlah saya nak ajar budak perempuan tak pakai tudung, sayakan orang Islam, berdosa kalau saya suruh mereka tak pakai tudung.". Budak itu tersengih mendengar jawapan Sabri.

Esoknya, Sabri pun melaporkan diri ke sekolah tersebut, sebaik sahaja Sabri melangkah masuk ke pintu pagar sekolah, dia ketawa sendirian kerana betullah kata budak lelaki tu, memang dia akan mengajar budak perempuan tak pakai tudung, sebab budak-budak perempuan itu budak asli, confirm tak bertudung.
"

Diambil dari http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=18191
Terima Kasih


6 Nov 2008

PeRjUaNgAn BeLuM SeLeSaI??..









Kepada rakan-rakan PPPRPET BM yang lain, sememangnya perjuangan kita masih belum selesai di IPKS ini..Peperiksaan semester 4?3 paper sudah kita duduki..Kita masih ada 2 subjek menanti kita 10 dan 12 november ni..
Jadi,selamat berjuang untuk semua...
GOOD LUCK EVERYBODY!! SEMANGAT!!

[p/s: tp kan,..susa gila2 exam kali ni..tp nda pa..ble 2..wish u all gud luck!!]
Terima Kasih


29 Okt 2008

Selamat Berjuang

Kepada semua rakan seperjuangan, Selamat menghadapi Peperiksaan yang kian mendatang ini. Semoga berjaya dan sentiasa tenang dalam menjawab soalan. Sesungguhnya kursus pada semester 4 ini sangat berat (susah) terutamanya Pengantar Linguistik dan Fonetik & Fonologi. Walau pun demikian, marilah kita sama-sama berusaha dan memerah otak sehingga ke titisan peluh otak yang terakhir. Kuatkan semangat, katakan TAK NAK kepada katil yang sentiasa memanggil. Maaf.. ada kesilapan... Katakan TUNGGU SEKEJAP kepada katil yang sentiasa memanggil. Semoga Berjaya~

Nota disimpan di bawah cadar,
harap mimpi indah mewarna.
Nota yang ada baik diedar,
semua gembira tiada merana.

PEACE~ iankaka' <(^_^)/Terima Kasih


21 Okt 2008

Lagu Sekawan Segajah..

GAJAH KUAT!!!


Sekawan GAJAH
Buat habis baik
Untuk anda semua
Harap anda
Terhibur gembira...

Jikalau bosan
Jangan salahkan kami
Kami usaha...buat sehabis baik...
Walaupun panas terik
Kami tetap banting tulang
Mahupun gelap
Itu bukannya alasan...

Temanku Seladang
Marilah kita bersama bergembira
Tidak lupa
Sang Harimau yang rajin

P/s: nyanyi cam lagu Shin Chan

Suranggani ( 2x )
Suranggani ku maluku na va va va va
Malu malu ku malu
Suranggani ku malu
Suranggani ku maluku na va va va va

Bila bunga kembang berseri
Seekor anak gajah keluar menari
Lenggok ke kanak, lenggok ke kiri
Lalu menjemput seekor lagi...



Terima Kasih


20 Okt 2008

Sekawan Gajah


Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan oleh ahli kumpulan Sekawan Gajah (saya sendiri, Keffly Kaling, Rizal Othman, Mohd Imran, Jacqueline Teo, Laila farina dan Sahira Irda) sepanjang Perkhemahan yang berlansung selama 4 hari 3 malam. saya sangat bertuah mempunyai ahli kumpulan yang begitu komited dengan tugas dan sporting dalam semua hal. memori berkhemah bersama rakan-rakan seperjuangan akan sentiasa menjadi ingatan dan kerinduan. Semoga apa yang dipelajari dan pengalaman yang ditimba akan diaplikasikan kelak. Buat Sehabis Baik!
-Stanley Ian Junaidi-
Terima Kasih


PERKHEMAHAN KURSUS KEPIMPINAN MODUL A dan B.

Tambunan, 16 oktober hingga 19 oktober 2008. seramai 21 orang pasukan Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia 32 (KLM32) Institut Perguruan Keningau Sabah telah menjalani Kursus Kepimpinan Pengakap Modul A dan B. Peserta yang terlibat ialah guru pelatih Program Perguruan pendidikan rendah Pengajian Empat Tahun (PPPRPET) semester 4. Perkhemahan ini diadakan sebagai salah satu syarat utama dalam yang terkandung dalam Sukatan untuk Kokurikulum Unit Beruniform bagi Persatuan Pengakap Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Perkhemahan ini juga bertujuan memberikan pengiktirafan kepada para peserta untuk memegang Lencana Manik Kayu Dua dalam kepimpinan pengakap.
Antara aktiviti yang dijalankan dalam perkhemahan ini ialah, kembara, ceramah kepengakapan dan Malam Pengakap. Pelbagai kemahiran berpengakap dan kepimpinan yang dapat dipelajari sekaligus menjadi bekalan kepada bakal-bakal guru untuk memimpin dengan baik serta berkualiti apabila berada sekolah kelak. Perkhemahan ini turut disertai oleh beberapa orang pensyarah Institut Perguruan Keningau selaku Penolong Pesuruhjaya KLM32 iaitu Puan Philis Lim@Nur Ain, Encik Bujang bin Haji Sabli, Encik Maspi Haji Peran, Encik Budiman bin Abpa dan Puan Zalia Abdullah.
Perkhemahan selama empat hari tiga malam ini telah dirasmikan oleh En. Lupian Saluji selaku Pesuruhjaya Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia Bahagia Pendidikan Guru. Dalam ucapan beliau semasa perasmian penutupan, beliau mengatakan bahawa sifat kepimpinan yang tinggi serta berkualiti haruslah diserapkan kepada bakal-bakal guru bagi menjamin kualiti anak-anak bangsa kelak. selain itu, beliau juga mengingatkan agar para peserta kursus agar dapat meneruskan keaktifan dalam berpengakap, sekali berpengakap, berpengakaplah selamannya. Sijil Tamat Kursus Kepimpinan Modul A dan B juga turut disampaikan kepada semua peserta kursus sebagai tanda tamatnya kursus di majlis itu. Semua peserta lulus dalam kursus ini telah ditauliahkan gelaran sebagai Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-kanak (Manik Kayu 2).

Terima Kasih