SELAMAT DATANG.

P.I.S.M.P. BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2007, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH.

Sila isi Buku Pelawat, terima kasih.

27 Jan 2009

M.Q.A is coming to town~

Independent Self Learning (Fonetik dan Fonologi)

  1. Membuat lakaran alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal serta melabelkannya.
  2. Membuat lakaran alat-alat artikulasi dan artikulasi konsonan dan artikulasi diftong serta melabelkannya.
  3. Menyenaraikan huruf-huruf dalam Bahasa Melayu yang terdapat dalam bahan rujukan iaitu vokal, konsonan asal, konsonan pinjaman, konsonan gandingan, konsonan rangkap dan diftong.
  4. Menyusun atur simbol fonetik dalam Bahasa Melayu

i. vokal

ii. Konsonan

iii. Diftong

  1. Menyenaraikan dan menyusun atur fonem segmental yang terdapat dalam Bahasa Melayu, dalam suatu jadual atau grafik.

i. Vokal hadapan

ii. Vokal tengah

iii. Vokal belakang

iv. Nasalisasi

v. Diftong

  1. Mencatatkan maklumat tentang fonem segmental dalam Bahasa Melayu iaitu:

i. Konsonan letupan

ii. Konsonan gegaran

iii. Konsonan getaran, dalam bentuk grafik.

  1. Membanding beza antara fonem, vokal dan konsonan.
  2. Menyenaraikan kepentingan dan peranan fungĂ­s suprasegmental dalam komunikasi.
  3. Membuat simulasi dan merakamkan latihan sebutan dan penyukuan sebutan vokal, konsonan dan diftong.
  4. Membuat simulasi dan merakamkan latihan sebutan dan penyukuan sebutan.
  5. Mentranskripsi perkataan yang mengandungi vokal.
  6. Membuat simulasi dan latihan tentang sebutan baku kata terbitan.
  7. Membuat simulasi dan latihan tentang sebutan baku kata pinjaman dari Bahasa Inggeris dan Bahasa Eropah.
  8. Membuat simulasi tentang sebutan baku, kata pinjaman dari Bahasa Arab dan istilah agama.
  9. Membuat latihan mentranskripsi 1 perenggan sepanjang 150-200 patah perkataan.


P/S: Siapa yang sudah lengkap kongsi-kongsilah...

*Maklumat ini saya peroleh daripada rakan kita, saudara Palvee Bin Abd. Harip.
Terima Kasih


1 ulasan:

Feefay berkata...

Makaseh kerana menyenaraikan ISL ni..
I da kehilangan benda ni sbnrnya..tq byk2..