SELAMAT DATANG.

P.I.S.M.P. BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2007, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH.

Sila isi Buku Pelawat, terima kasih.

5 Sep 2008

Terima Kasih kepada Ketua Jabatan Pengajian Melayu IPKS

Merujuk kepada Buku Pelawat, moderator blog ini sangat berbangga dan berterima kasih atas lawatan Encik Firdaus bin Abd. Salam (Ketua Jabatan Pengajian Melayu) ke blog ini. Semua ahli blog mengalu-alukan kehadiran Encik Firdaus sebagai ahli blog ini agar sama-sama dapat memberikan porkongsian dalam blog ini . Untuk pengetahuan Encik Firdaus, pihak moderator blog telah menghantar jemputan menjadi ahli blog melalui e-mel Encik Firdaus.



p/s : Berikut merupakan catatan beliau pada buku pelawat :

"Satu usaha yang patut disokong oleh semua pelajar. Mudah-mudahan sesi perbincangan di blog ini lebih bersifat akademik, matang dan bermanfaat kepada semua"

Terima Kasih


Hero dulu-duuluuu~


Gambar aksi yang cukup mendebarkan ini diambil setelah mereka ini selesai mengasah kapak masing-masing... kapak ini mempunyai banyak kegunaan. selain untuk menebang pokok, ia juga digunakan untuk bermain hoki semasa kuliah Pendidikan Jasmani yang dikendalikan oleh Puan Annie Pillin Selaku pensyarah pendidikan jasmani...

p/s : Rindu pula kelas PJ... dulu-dulu semua pelatih PISMP BM sihat-sihat belaka... ini kerana banyak masa untuk bersukan(hampir setiap pagi kelas PJ)... sekarang pelatih PISMP MAKIN SIHAT (perut) kerana lama tidak bersukan seperti dulu...
Terima Kasih


Kerana Mu Malaysia!

Gambar kenangan semasa sampai di puncak Everest!
Keadaan cuaca di sana sangat sejuk ketika itu....
kerana mu Malaysia, mereka sanggup bersejuk dan berpenat semata-mata bagi menaikkan nama mu...Malaysia Boleh!!
p/s : Mereka terlupa membawa bendera Malaysia untuk dikibarkan..

Inilah peserta berbasikal yang gagal melayakkan diri ke Sukan Olympic Beijing 2008. Walau pun demikian, mereka-mereka ini tetap menjalankan latihan intensif! Mereka semua cuma dapat berbasikal di sekitar Taman Pertanian Lagud Sebrang, Tenom.
p/s : Tidak apa, cuba lagi 4 tahun akan datang~



Terima Kasih


13 hari lagi....hehehe....

13 hari lagi kita akan menerima kejutan besar...hahaha...siapakah yang bakal menjadi ketua kelas utk sem depan? kita tunggu dan lihat...apa yang pasti ialah takhta kerajaan PISMP BM IPKS akan bertukar tangan....jadi..sepa yang akan kamu undi? Tunaikan kewajipan anda sekarang!!!





Peace...(^_^)
Terima Kasih


Assignment VS. Katil

Menurut jam kat laptop aku ni, it's already 1.17am.

fuh..
gara2 buat assignment last minute,
aku terpaksa stay up...

Katil ku sdg memanggil nama ku....


rumate i skrang cbuk menyusun kertas2 yg b'hamburan, terima kasih atas 'kerajinan' tkg fotostat iaitu 'rakan' palvee.

rumate i baru ja bkata "watever la!! peduli apa. terbalik, terbalik la! watever la"
ya...
ini merupakan post blog sebelum aku tido

KEPADA RAKAN2 SEKELAS, JIA YOU! :D

p/s: Ian, cukup meriah ka? hikhikhik




Terima Kasih


4 Sep 2008

Disebabkan Ian memaksa aku memblog...


Kamu ingin tak dengan statment seorang pensyarah *nama telah dirahsiakan* pada dua hari yang lepas. Beliau mengatakan bahawa....


"Jan paksa diri kalau tidak boleh puasa"


hmmmmm...
Walaupun saya seorang non tetapi..
bukankah berpuasa tu merupakan suatu kewajipan kepada umat Islam??

"Kalau paksa juga, perut akan keras dan mati~"

kata pensyarah tersebut.

Apa pendapat kamurang?

p/s: belum lagi aku siap kerja PBS...

p/p/s: nah ian, aku proaktif da!:D happy?
Terima Kasih


3 Sep 2008

Nama untuk blog ini...

Saya ingin mengemukakan satu perkara kepada ahli-ahli blog ini mengenai apakah nama yang kita perlu guna pakai untuk blog ini. Sama ada PPPRPET atau PISMP? Dengar-dengar di parlimen, kursus pengajian kita ni sudah di luluskan..hehehe...jadi macam mana ni?
Terima Kasih


terima kasih

Assalamualaikum...salam sejahtera, salam perpaduan, salam ramadhan al-mubarak...

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PM = Pakcik Moderator kerana sudi menjemput saya untuk menyumbang dalam blog ini.
Syabas dan tahniah kepada PM atas penghasilan blog ini.
Diharapkan kita dapat mewujudkan perkongsian dan juga percambahan idea melalui blog ini.

Terima kasih...