SELAMAT DATANG.

P.I.S.M.P. BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2007, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH.

Sila isi Buku Pelawat, terima kasih.

23 Sep 2008

benarkah kiamat 21 Dec 2012??

Kumpulan-kumpulan terus hidup (survival groups) seluruh dunia bersiap sedia dan mengira ketibaannya satu tarikh yang misteri yang telah selama beribu ribu tahun menjangkakan sesuatu akan berlaku pada : Dec. 21, 2012.

Mereka yang mendakwa wahyu akan berlaku pada Dec. 21, 2012, berdasarkan kepercayaan mereka pada sekeping kalendar yang direka oleh kaum Mayans diMexico yang kehancurannya (gambar). Tamadun purba yang terkenal dalam kehebatan matematik dan astronomi yang maju.

DiSeluruh Amerika Syarikat, Kanada dan seluruh Eropah, mazhab-mazhab dan individu-individu yang mempercayai ramalan tersebut berkata bahawa itulah harinya dunia yang kita tahu akan berakhir, laporan-laporan ABCnews.com.

Mayan yang purba, dikenali sebagai ahli matematik dan astronomi yang sangat maju, mengikuti satu "kiraan panjang" kalendar yang berakhir dalam 5,126 tahun. Apabila carta-carta mereka diterjemahkan pada kalendar Gregory yang bertaraf antarabangsa yang digunakan hari ini, tarikh terakhirnya ialah pada Dec. 21, 2012.

Ahli-ahli saintis telah cuba untuk menghapuskan senario hari kiamat ini sebagai telekan yang tak berasas, tetapi ianya jelas dengan adanya beribu-ribu orang yang menganggap kemungkinan suatu bencana akan berlaku diseluruh dunia pada tarikh itu amatlah benar.

"Anda perlu faham, tiada apa-apa yang akan tinggal," Patrick Geryl memberitahu ABC News. "Kita terpaksa mulakan seluruh peradaban baru daripada akar semula." Geryl, seorang bekas pekerja makmal yang berumur 53 tahun dan tinggal di Belgium, dia telah berhenti kerja sejak dua tahun yang lepas setelah dapat menabung wang yang cukup untuk bertahan sehingga Disember 2012. Dia sekarang terus hidup dengan menyimpan bekalan yang dicatatkan dalam senarainya yang setebal 11 mukasurat.

Ianya bukan Geryl seorang sahaja yang mencari jawapannya. Yang mencari "2012 the end of the world" pada Google meningkat sehingga hampir 700,000 orang dalam carian kegemaran ramai. Lebih daripada 6,500 video mengenai tarikh tersebut telah diposkan di YouTube. Terdapat juga buku-buku yang tak terkira bilangannya mengenai topik tersebut, banyak yang diterbitkan dalam mengikuti kejayaan buku Daniel Pinchbeck "2012: The Return of Quetzalcoatl," yang telah menjual beribu-ribu naskah setiap bulan sejak ianya dikeluarkan pada akhir Mei.

2008: Berdozen ahli-ahli kultus hari kiamat Rusia (gambar) meninggalkan lobang sulit korekan bawah tanah dekat kampung Nikolskoe, Rusia, pada Mac, setelah bersembunyi didalam lobang tersebut selama kira-kira enam bulan. Yang lain-lain masih tidak balik, masih menunggu hari untuk dunia berakhir pada bulan Mei.

Tapi apakah yang difikirkan oleh penganut-penganut kepercayaan ini akan berlaku pada Dec. 21, 2012? Ada sesetengah orang berkata satu pembalikan kutub akan berlaku, di mana kutub utara menjadi selatan, di mana matahari akan timbul di barat, mencetuskan bencana pada alam sekitar diseluruh dunia. Ada sumber-sumber lain yang berkata, ianya tanda tarikh satu pembangkitan rohaniah akan berlaku seluruh dunia.

Pakar ketawakan kepercayaan ini. "Ramalan-ramalan takdir ini betul-betul tidak mempunyai sebarang asas dalam apa yang kita tahu mengenai Maya," kata Stephen Houston, seorang profesor antropologi di Brown University dan seorang pakar dalam tulisan hieroglif Maya. "Catatan-catatan Maya hampir tidak menceritakan tentang acara ini." Katanya Mayans melihat kalendar mereka berakhir pada tarikh tersebut, tetapi akan bermula semula tanpa ada apa-apa malapetaka.

"Betul-betul, ianya adalah satu penukaran kebimbangan orang-orang zaman ini, dan yang sesetengah mencari mitos lama untuk panduan atau ramalannya," katanya. "People like to believe that ancient wisdom is somehow predicting this time of upheaval."

p/s : cuba korang tgk kalendar....tarikh 21 Dec 2012 menunjukkan hari apa....JUMAAT!!!!!!!! Wallaualam.......
Terima Kasih


22 Sep 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Selamat berpuasa kepada mereka yang berpuasa. Tidak lupa kepada yang lain, selamat menyiapkan tugasan yang belum selesai.

Lebih kurang dua minggu tidak mencatatkan apa-apa di blog ini, tidak bermakna saya tidak mengikuti perkembangan anda semua. Sebaliknya, saban hari jika tiada masalah internet saya pasti menjenguk blog ini. Semua catatan telah saya baca dan ada juga pautan blog yang sempat saya terokai. Sekurang-kurangnya saya masih dapat mendekatkan diri dengan anda semua.

Mungkin anda telahpun maklum yang tulisan refleksi KKBI saudara Pangeran Mohd Shukri telah saya sunting dan muatkan dalam Wahana Ilmu Edisi September. Saya dapatkan tulisan itu setelah dimuatnaik dalam JPMMPKS@yahoogroup. Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada anda semua khususnya dari opsyen BM untuk bersama-sama saya memperbaiki dan memantapkan buletin terbitan JPM itu. Sehingga kini, nampaknya saya masih berseorangan memperjuangkan buletin tersebut. Pelawaan saya kepada pelajar mahupun pensyarah masih disambut dingin. Benarlah kata-kata Tuan Haji Mohd Isa Razak, kerja-kerja menulis bukanlah sesuatu yang mudah, baik yang bersifat kreatif mahupun akademik. Sehinggalah kita berhadapan dengan situasi yang mendesak barulah kita mahu menulis. Ironinya, kita adalah golongan intelek yang kaya dengan ilmu pengetahuan, bakal bergelar sarjana yang sepatutnya menjadi rujukan pelbagai pihak. Hari ini, IPG sedang bersaing dengan IPTA. Budaya mengkaji, menyelidik dan menulis bukanlah asing di IPTA, tetapi kita masih dalam proses membudayakan kegiatan itu baik dalam kalangan pelajar mahupun pensyarah. Justeru, sebagai golongan intelek, kita memikul tanggungjawab yang berat dan harus membuktikan bahawa kita juga setanding dengan golongan intelek di IPTA. Saya khuatir sekiranya kegiatan menulis tidak dipupuk, kita akan terus melahirkan guru yang hanya mampu mengajar tetapi tidak reflektif dan berfikiran jumud.

Akhir sekali saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Sekalipun tanpa pertemuan atau majlis yang menghimpunkan kita, mesej ini sampai kepada setiap individu yang menghuni kelas PPPRPET opsyen BM.

Sekian.

Firdaus JPM
22 September 2008


Terima Kasih


20 Sep 2008

TUGASAN EN. JOHAN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
(ISL Seterusnya)

(Dibuat secara individu)
Membina perisian P&P berdasarkan kepada tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran PSK tahun (4, 5, 6).

Tugasan ini perlu dibentangkan dikelas. Aspek pembentangan perlu menyentuh perkara seperti ini:
- Terangkan perisian yang digunakan.
- Langkah penyediaan.
- Rujukan.
- Kemasan.
- Cara penggunaan.
- Cara penyelanggaraan.
- Penilaian hasil kerja.

*Jadual di bawah merupakan senarai pembahagian tema.
*Tugasan ini merupakan tugasan individu.
*Salinan pembentangan (hardcopy) perlu dikumpul dan diserah kepada En. Johan selewat-lewatnya pada hari selasa petang (23 Sept 08). (Tindakan runner)

Tahun

Tema

Pembahagian

4

Sayangi Diri





Sayangi Keluarga

Rizal Othman

Palvee Abd Harip

Imelda Michael

Stanley Andreas


Nurul Aina Jaludin

Faedzah Jiamil

Mohd Shahfardie Satar

5

Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat





Kenali Budaya Malaysia

Carmelliny Tony

Stanley Ian Junaidi

Shahira Irda Sahirin

Fawwaz Thaqif Alias Tudin


Ranger Diris

Megat Mohd Saufi Megat Alias

Zuraimin Wahili

6

Malaysia Negaraku






Sedia Hadapi Cabaran

Pg. Shukri Pg Haji Musa

Laila Farina Yahya

Siti Salmi bt Tuah

Keffly Kaling


Roszaidee Rosli

Jacqueline Teo Fuey Phean

Mohd Imran Mohd Amir


Terima Kasih


Peserta ratu pondan dikena bon RM1,000

Oleh Betty Subaryati dan Haspaizi Mohd Zain
bhkb@bharian.com.my

Guru Pendidikan Seni diperintah berkelakuan baik dua tahun, ditukar ke PPD Bachok

BACHOK: Seorang guru Pendidikan Seni dikenakan bon jaminan RM1,000 dan perintah berkelakuan baik selama dua tahun oleh Mahkamah Syariah di sini, kelmarin, selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan menyertai pertandingan ratu pondan di sebuah resort di Telong di sini, akhir Julai lalu.

Tertuduh, Mohd Zaki Yaakub, 27, yang dipindahkan ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bachok sejak Ogos lalu, diarah melaporkan diri di Pejabat Agama Jajahan Bachok setiap empat bulan sekali.

ohd Zaki mengaku bersalah terhadap tuduhan mengikut Seksyen 7, Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 1985 iaitu memakai pakaian wanita dan berlagak seperti wanita.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Salwani Abdul Rahman di hadapan Hakim Syarie Mohmad Nabil Mohmad Shukri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Di mahkamah sama, seorang lagi rakan tertuduh, Mohd Adli Salleh, 20-an, dihukum penjara sehari dan denda RM1,000 kerana kesalahan sama.

Mohmad Nabil ketika menjatuhkan hukuman, berkata beliau turut mengambil kira pengakuan bersalah dibuat mereka dan diharap dapat memberi pengajaran kepada tertuduh. Kedua-dua tertuduh membayar denda dan wang jaminan dikenakan.

Berdasarkan laporan sebelum ini, kira-kira 50 pondan menyertai pertandingan ratu di resort berkenaan, bertempiaran lari sebaik menyedari serbuan penguat kuasa JAHEAIK dengan bantuan Majlis Perbandaran Kota Bharu dan Majlis Daerah Kota Bharu kira-kira jam 9 malam.

Ada antara pondan terbabit terjun ke sungai berhampiran resort dalam cubaan melarikan diri, tetapi 16 daripada mereka berusia antara 20 hingga 30 tahun ditahan sebelum didakwa secara berperingkat di Mahkamah Syariah kerana kesalahan berpakaian dan berlagak seperti wanita.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Kelantan, Mohd Ghazali Abd Rahman ketika dihubungi, berkata guru terbabit kini ditempatkan di PPD Bachok tanpa sebarang jawatan khusus tetapi wajib melaporkan diri setiap hari.

Katanya, berikutan keputusan mahkamah itu, pihaknya akan menghantar laporan kepada Kementerian Pelajaran bagi mengesyorkan tindakan tatatertib kerana ia mencemarkan profesion perguruan.

“Tindakan selanjutnya bergantung kepada keputusan jawatankuasa tatatertib yang akan menilai pembabitan guru itu termasuk bentuk tindakan disiplin yang dikenakan terhadapnya,” katanya.
Terima Kasih


ARKIB : 30/07/2008

Atasi 'diskriminasi' guru lulusan IPTA

SERDANG 29 Julai - Kerajaan akan berusaha mengatasi masalah 'diskriminasi' yang dialami guru lepasan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang dibebankan dengan pelbagai syarat ketat sebelum dibenarkan mengajar di sekolah.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, antara syarat itu ialah mesti lulus dengan purata gred kumulatif (CGPA) minimum 2.75 sebelum layak mengambil ujian dan ditemuduga untuk jawatan guru.

"Syarat ini yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran perlu dikaji semula memandangkan guru-guru lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) tidak perlu mematuhinya sebaliknya terus di tempatkan di sekolah.

"Perkara ini seolah-olah menafikan pendidikan dan latihan yang diberikan pensyarah di IPTA dan mengurangkan minat graduan untuk menjadi guru," katanya dalam ucapan perasmian Program Sekolah Kluster-Universiti dan Seminar Permuafakatan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran Tahun 2008 di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalannya, Datuk Idris Haron.

IPG kini melatih guru untuk peringkat prasekolah dan sekolah rendah manakala IPTA memberikan fokus untuk melahirkan tenaga pengajar di sekolah menengah, kolej matrikulasi, kolej komuniti dan politeknik.

KualitiMohamed Khaled yang berharap masalah itu diselesaikan menerusi seminar permuafakatan itu berkata, isu lain yang perlu diatasi ialah berkaitan sebilangan kecil pelajar perguruan di IPTA yang mendapat pembiayaan Kementerian Pelajaran berbanding pelajar di IPG yang semuanya diberikan pembiayaan.

"Kualiti pelajar yang memohon program perguruan juga perlu dilihat semula oleh kedua-dua kementerian kerana berlaku ketidakseragaman syarat asas kemasukan.

"Syarat kemasukan di IPG ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala ke IPTA pula Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau matrikulasi," jelasnya.

Sementara itu, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam ucapan yang dibacakan oleh Timbalannya, Dr. Wee Ka Siong berkata, sebanyak 60 sekolah kluster akan dijadikan sekolah angkat kepada IPTA menerusi Program Sekolah Kluster-Universiti.

Beliau berkata, langkah itu akan membolehkan IPTA berperanan sebagai mentor kepada pihak sekolah yang akan dibenarkan menggunakan kemudahan di universiti bagi melakukan penyelidikan dan pengkomersialan ciptaan baru.

"Sekolah angkat ini akan berpeluang menggunakan perpustakaan dan juga terlibat dalam program akademik dan kemasyarakatan anjuran IPTA.

"Sekolah juga akan dapat menggunakan gimnasium, kolam renang dan mendapatkan nasihat pakar pemakanan dan pensyarah sukan yang berkelayakan tinggi di universiti," jelasnya.

Terima Kasih


19 Sep 2008

SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU

Istilah bahasa baku dan bahasa standard merujuk kepada perkara yang sama. Di dalam Kamus Dewan 1989, perkataan ‘baku’ ini membawa pengertian “yang (sudah) diterima umum sebagai betul dan sah….dan dapat dijadikan asas perbandingan” .
Pembakuan merujuk kepada proses pengekodan bahasa. Biasanya pengekodan bahasa ini membabitkan aspek tatabahasa, sebutan ejaan, pengkamusan dan peristilahan. Para sarjana telah memberikan definisi kepada konsep bahasa baku. Antaranya Garvin dan Mathiot mendefinisikan bahasa baku sebagai “a codified form of language, accepted by and serving as a model to a larger speech community”. Definisi oleh Garvin dan Mathiot ini menunjukkan bahawa sesuatu bahasa itu adalah bahasa baku jika bahasa berkenaan dikodifikasi dan diterima oleh masyarakat secara umum serta menjadi model kepada masyarakat bahasa tersebut.
Secara tidak langsung kita boleh katakan bahawa satu persetujuan telah dicapai oleh sesuatu masyarakat untuk memillih satu variasi daripada beberapa variasi yang ada dalam masyarakat tersebut untuk dijadikan model yang terbaik sebagai bahasa baku.
Variasi di sini bermaksud kelainan bahasa, iaitu misalnya Kelantan mempunyai variasi bahasanya ang tersendiri, orang kampung di kawasan pedalaman juga mempunyai variasinya sendiri. Kelainan ini sebenarnya merupakan cabang-cabang daripada Bahasa Melayu atau dengan kata lain, kelainan bahasa itu juga dirujuk sebagai dialek.
Definisi yang diberikan oleh Garvin dan Mathiot menyatakan bahawa bahasa baku itu merupakan bahasa yang dikodifikasi. Maksud kodifikasi ialah hasil pengumpulan serta penyusunan pelbagai peraturan mengenai sesuatu bahasa sehingga bahasa itu menjadi suatu keseluruhan yang bersistem dan teratur. Oleh itu bahasa yang telah dikodifikasi adalah bahasa yang bersistem atau mempunyai peraturan.
Ini tidak bermaksud bahasa-bahasa lain atau variasi-variasi lain tidak bersistem dan berperatura. Bahasa atau variasi yang tidak dikodifikasi juga mempunyai peraturan atau sistemnya yang tersendiri. Akan tetapi, sesuatu bahasa atau variasi yang tidak dikodifikasi mmepunyai kepelbagaian sistem yang mungkin berbeza daripada seorang dengan seorang yang lain dalam komuniti bahasa tersebut. Contohnya orang Kedah mempunyai variasinya sendiri, begitu juga orang Perak dan masyarakat di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Sistem bahasa baku lebih menyeluruh kepada masyarakat kerana ia boleh difahami oleh semua penutur bahasa tersebut. Sebenarnya bahasa baku ini digunakan hanya dalam majlis atau situasi-situasi rasmi sahaja. Ramai yang berpendapat bahawa Bahasa Melayu Johor-Riau sebagai bahasa baku kerana penggunaannya yang meluas dalam bidang pentadbiran dan juga di sekolah. Sebagai bahasa yang mempunyai penutur yang ramai, khususnya di negeri Johor, Melaka, Selangor dan sebahagian besar Perak dan juga berdasarkan faktor sejarah, sudah tentu bahasa ini menjadi asas kepada pembentukan Bahasa Melayu Baku. Akan tetapi, bukanlah bahasa tersebut merupakan bahasa baku yang sebenarnya. Dalam proses perkembangan Bahasa Melayu Baku, ia akan membentuk imejnya tersendiri. Kini Bahasa Melayu Baku adalah Bahasa Melayu yang dikodifikasi dan seragam sifatnya.
Menurut Profesor Nik Safiah Karim : “Bahasa Melayu standard ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang dengan tujuan untuk difahami, tiap-tiap pihak berusaha menggugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan menggunakan sedikit sebanyak variasi yang berasaskan Bahasa Melayu dialek Johor-Riau, tetapi kini pertuturan Bahasa Melayu umum telah mempunyai sifat-sifat tersendiri”.
Berdasarkan kenyataan Nik Safiah ini, ternyata bahawa Bahasa Melayu Baku bukan lagi dipunyai oleh penutur dialek tertentu sahaja tetapi bahasa ini merupakan bahasa milik semua. Jadi, sesiapa pun tidak boleh mengatakan bahawa Bahasa Melayu Baku ini adalah dialek Johor-Riau atau dialek Kedah.
Aspek sebutan bahasa baku ini dilancarkan pada tahun 1988.
Sebutan baku dalam Bahasa Melayu ini adalah berdasarkan kepada ejaan . Maksudnya setiap huruf akan dibunyikan iaitu satu huruf satu bunyi. Hal ini pernah dinyatakan oleh Datuk Hassan Ahmad (1989). Menurut beliau : “Sebutan baku yang diucapkan menurut ejaan baku Bahasa Kebangsaan atau menurut nilai bunyi huruf dalam bahasa kita, bukan menurut sebutan loghat atau menurut nilai bunyi huruf asing seperti Bahasa Inggeris”.

( faculty.unitarklj1.edu.my/ALD0063/week/WEEK4/SEBUTAN%20BAKU%20BAHASA%20MELAYU.doc )

Terima Kasih


18 Sep 2008

Tragedi Ngeri Yang Tak Dapat Dilupakan

Pada hari itu, jam menunjukkan pukul 9 pagi, hari Jumaat, 15 Ogos 2008. Kami sekumpulan ditugaskan untuk menguruskan bendera Malaysia terbesar di Keningau (mungkin) untuk upacara perasmian bulan kemerdekaan peringkat institut. Bendera itu diikatkan pada sebatang paip besi yang melintang di atas bangunan blok akademik. Setelah kesemua persiapan telah disediakan, kami pun duduk di atas bangunan berhampiran dengan bendera 'giant' tersebut untuk memastikan acara berjalan lancar. Upacara mengibarkan bendera pun bermula. Dengan tidak semena-mena, entah makhluk mana yang ghairah sangat tarik tali bendera tu sampai paip besi pun tercabut dari tempat asal. Kejadian ngeri ini tidak dapat dilupakan, 8 orang yang berada berdekatan paip besi itu hampir-hampir maut disebabkan oleh paip besi yang ditarik oleh makhluk tuhan paling bengong itu. Bayangkanlah kalau ada di antara kami yang tersangkut di paip besi tu dan terjunam ke bawah. Aku yakin kawan-kawan yang lain pun kembang kuncup jugak bahagian yang itu. Mujurlah ada benteng di atas bangunan, kalau tidak.........
Terima Kasih


17 Sep 2008

Nota Istiadat Melantik Ahli Baru Dalam Pengakap

























Terima Kasih


Fahamilah....(1)

Adalah sesuatu yang menakjubkan bahawa tiada manusia, walaupun yang tidak siuman, terlalu dungu dan bodoh sehingga mereka tidak dapat menggabungkan kata dengan satu cara tertentu untuk menyampaikan pemikiran mereka. Sebaliknya, tiada haiwan yang lain, walaupun sempurna dan berada dalam keadaan yang sebaik mungkin yang boleh melakukan perkara yang sama. Dan ini bukanlah kerana mereka kekurangan organ, kerana kita melihat burung murai dan burung kakak tua boleh menyebut kata-kata dengan sempurna sama seperti yang boleh kita lakukan, dan sekalipun begitu tidak dapat bertutur seperti yang kita lakukan, yakni, dalam menunjukkan bahawa mereka berfikir tentang apa yang hendak mereka katakan. Pada satu pihak yang lain, walaupun orang yang lahir pekak dan bisu, dan ada kekurangan organ yang digunakan oleh orang-orang lain utk bertutur, dan sekurang-kurangnya sama kekurangannya dengan haiwan dalam hal ini, biasanya mencipta tanda-tanda tertentu bagi diri mereka sendiri yang digunakan untuk difahami oleh orang-orang di sekeliling mereka. Lagipun kita melihat perbezaaan dalam kalangan haiwan dari spesies yang sama, sama seperti dalam kalangan manusia dan bahawa sesetengahnya lebih mudah untuk dilatih daripada yang lain. Oleh itu, tidak meyakinkan bahawa seekor monyet / seekor burung kakak tua yang merupakan satu daripada spesiesnya yang terbaik tidak sepatutnya sama dalam hal ini dengan seorang kanak-kanak yang paling bodoh sekalipun, atau sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak yang cacat minda, kalau jiwa mereka tidak seluruhnya berbeza sifatnya daripada kita.


- Rene Descartes -
Discourse on Method ( 1637 )
( 1956, hlmn 37 )

(Disunting semula olah PISMP BM)
Terima Kasih


16 Sep 2008

Sekadar perkongsian...

Maksud Nama - Huruf Pertama
Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.

(A)
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

(B)
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

(C)
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

(D)
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

(E)
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

(F)
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

(G)
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

(H)
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

(I)
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

(J)
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

(K)
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

(L)
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

(M)
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

(N)
Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

(O)
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

(P)
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.

(Q)
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

(R)
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

(S)
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

(T)
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

(U)
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

(V)
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

(W)
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

(X)
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

(Y)
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

(Z)
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.
Terima Kasih