SELAMAT DATANG.

P.I.S.M.P. BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2007, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH.

Sila isi Buku Pelawat, terima kasih.

24 Feb 2009

TEKNIK & AKTIVITI P&P
Teknik adalah satu muslihat / strategi / taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mangantar Simanjuntak ( 1981; 57 )
A technique is an implementational – that which actually takes place in a classroom. It is a particular trick, stratagem, or contrivance used to accomplish an immediate objective. Edward M. Anthony ( 1963 )

1. Teknik merupakan cara yang paling berkesan untuk mencapai sesuatu objektif.
2. Wujud dalam jangka masa yang panjang ataupun dicipta pada masa sebelum sesuatu perlakuan dijalankan oleh individu.
3. Berlawanan dengan konsep cuba dan ralat.
4. Setiap teknik yang digunakan / diciptakan haruslah selaras dengan kaedah yang digunakan & seirama dengan pendekatan yang menjadi pegangan.

Konsep teknik merupakan konsep yang paling konkrit. Teknik boleh wujud dalam bentuk aktiviti, strategi / langkah pengajaran & disertai dengan bahan / alat pengajaran yang spesifik yang dibentuk khas untuk sesuatu teknik. Sesuatu teknik itu digunakan dalam langkah pengajaran kerana teknik dianggap berkesan untuk mencapai sesuatu objektif khusus yang hendak dicapai.

Contoh teknik dalam pengajaran dan pembelajaran :
• Dialog / Forum
• Sumbang saran
• Perbincangan
• Perbahasan
• Simulasi
• Bercerita
• Main peranan
• Permainan bahasa
• Tunjuk cara
• Menyanyi
• Puisi
• Latih tubi
• Syarahan
• Drama


Terima Kasih