Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Selamat berpuasa kepada mereka yang berpuasa. Tidak lupa kepada yang lain, selamat menyiapkan tugasan yang belum selesai.
Lebih kurang dua minggu tidak mencatatkan apa-apa di blog ini, tidak bermakna saya tidak mengikuti perkembangan anda semua. Sebaliknya, saban hari jika tiada masalah internet saya pasti menjenguk blog ini. Semua catatan telah saya baca dan ada juga pautan blog yang sempat saya terokai. Sekurang-kurangnya saya masih dapat mendekatkan diri dengan anda semua.
Mungkin anda telahpun maklum yang tulisan refleksi KKBI saudara Pangeran Mohd Shukri telah saya sunting dan muatkan dalam Wahana Ilmu Edisi September. Saya dapatkan tulisan itu setelah dimuatnaik dalam JPMMPKS@yahoogroup. Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada anda semua khususnya dari opsyen BM untuk bersama-sama saya memperbaiki dan memantapkan buletin terbitan JPM itu. Sehingga kini, nampaknya saya masih berseorangan memperjuangkan buletin tersebut. Pelawaan saya kepada pelajar mahupun pensyarah masih disambut dingin. Benarlah kata-kata Tuan Haji Mohd Isa Razak, kerja-kerja menulis bukanlah sesuatu yang mudah, baik yang bersifat kreatif mahupun akademik. Sehinggalah kita berhadapan dengan situasi yang mendesak barulah kita mahu menulis. Ironinya, kita adalah golongan intelek yang kaya dengan ilmu pengetahuan, bakal bergelar sarjana yang sepatutnya menjadi rujukan pelbagai pihak. Hari ini, IPG sedang bersaing dengan IPTA. Budaya mengkaji, menyelidik dan menulis bukanlah asing di IPTA, tetapi kita masih dalam proses membudayakan kegiatan itu baik dalam kalangan pelajar mahupun pensyarah. Justeru, sebagai golongan intelek, kita memikul tanggungjawab yang berat dan harus membuktikan bahawa kita juga setanding dengan golongan intelek di IPTA. Saya khuatir sekiranya kegiatan menulis tidak dipupuk, kita akan terus melahirkan guru yang hanya mampu mengajar tetapi tidak reflektif dan berfikiran jumud.
Akhir sekali saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Sekalipun tanpa pertemuan atau majlis yang menghimpunkan kita, mesej ini sampai kepada setiap individu yang menghuni kelas PPPRPET opsyen BM.
Sekian.
Firdaus JPM
22 September 2008
Terima KasihSelamat berpuasa kepada mereka yang berpuasa. Tidak lupa kepada yang lain, selamat menyiapkan tugasan yang belum selesai.