SELAMAT DATANG.

P.I.S.M.P. BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2007, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH.

Sila isi Buku Pelawat, terima kasih.

1 Apr 2009

KBSR diganti dengan KSSR ??

Pada 31 Mac 2009 (Selasa), saya telah mengikuti satu taklimat ringkas tentang perlaksanaan KSSR. Semua guru S.R.K St. James Apin-Apin hadir untuk mendengar taklimat tersebut.

Secara ringkas pengenalan tentang KSSR,

Sistem pendidikan negara kita akan mengalami transformasi pada tahun depan (2010) dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Tahap 1 (Tahun 1 - 2) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira & menaakul) dan kemahiran ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.

Tahap 2 (Tahun 3 - 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

*SELAMAT BERPRAKTIKUM!!!
Terima Kasih