SELAMAT DATANG.

P.I.S.M.P. BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2007, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH.

Sila isi Buku Pelawat, terima kasih.

18 Sep 2008

Tragedi Ngeri Yang Tak Dapat Dilupakan

Pada hari itu, jam menunjukkan pukul 9 pagi, hari Jumaat, 15 Ogos 2008. Kami sekumpulan ditugaskan untuk menguruskan bendera Malaysia terbesar di Keningau (mungkin) untuk upacara perasmian bulan kemerdekaan peringkat institut. Bendera itu diikatkan pada sebatang paip besi yang melintang di atas bangunan blok akademik. Setelah kesemua persiapan telah disediakan, kami pun duduk di atas bangunan berhampiran dengan bendera 'giant' tersebut untuk memastikan acara berjalan lancar. Upacara mengibarkan bendera pun bermula. Dengan tidak semena-mena, entah makhluk mana yang ghairah sangat tarik tali bendera tu sampai paip besi pun tercabut dari tempat asal. Kejadian ngeri ini tidak dapat dilupakan, 8 orang yang berada berdekatan paip besi itu hampir-hampir maut disebabkan oleh paip besi yang ditarik oleh makhluk tuhan paling bengong itu. Bayangkanlah kalau ada di antara kami yang tersangkut di paip besi tu dan terjunam ke bawah. Aku yakin kawan-kawan yang lain pun kembang kuncup jugak bahagian yang itu. Mujurlah ada benteng di atas bangunan, kalau tidak.........
Terima Kasih


2 ulasan:

bluwek berkata...

hehe...syukur Alhamdulillah...masih hidup sampai sekarang..trimas kepada Palvee kerana reaksi awalnya..hehehe...kalo tidak jatuh terbangkang suda tu...

iankaka' berkata...

Hohoho... sikit mati, nasib baik selamat semua.. bayangkan orang di bawah bersorak-sorak merdeka tiba-tiba KEBABOOMM! jatuh hero 8 orang.. isk isk... apa-apa pun, kita belajar dari pengalaman lepas... Thanks God~ I'm still alive...

seperti lagu STAYIN ALIVE~
aH~ aH~ aH~ aH~ Masih hidup~ masih hidup~~