P.I.S.M.P. BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2007, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH.
Sila isi Buku Pelawat, terima kasih.
30 Sep 2008
Pesanan dari Saudari Laila Farina (PISMP BM)
(Dipetik dari "Sembang-sembang" 30 Sep 08, 19:41)Terima Kasih
24 Sep 2008
Salam Aidilfitri untuk semua. (Terimalah pantun 4 kerat dari IANKAKA')
Saudara Cikun dicucuk duri,
Cuki gelabah risau sekali,
puasa penuh beraya Aidilfitri,
kalu tak penuh rayalah Depavali
Pandai sungguh Palvee membaja,
tanamannya beracun sungguh bahaya,
di Keningau atau di tenom sama sahaja,
semoga bahagia di hari raya.
Pandai sungguh Rizal Menari,
poco-poco sumbang sekali.
Gemar memakan masakan kari,
Hari raya jangan kili-kili.
(huahuahua~~)
Berpuasa penuh banyak pahalanya,
raya mendatang semua suka.
Zuraimin kecewa tidak berpunya,
raya menjelma pengubat duka.
Kucing putih comel sekali,
jika lapar mencuri makan.
Megat berjambang tampan sekali,
selamat hari raya saya ucapkan.
Pagi raya indah sekali,
baju putih direndam nila.
Raya setahun hanya sekali,
harap dijemput ke rumah Laila.
Perut besar kita yang bina,
walau besar sangat peramah
Achai gelaran bukannya cina,
harap raya dijemput ke rumah.
Imran orangnya besar dan tampan,
berkaca mata tenang sentiasa.
kuih habis dibantai papan,
Beraya sakan kenyang sentiasa.
Nurul Aina gelaran namanya,
rindu dengan keluarga angkat.
A. Galak pasti idolanya,
nikmati cuti raya yang singkat.
Fawwaz bukan adik Fauzana,
Fauzana bukan abang Fawwaz.
Beraya pergi ke sini-sana,
makanlah kuih tanpa was-was.
Bila meletup bunyinya Pop!
pergi ke pekan mencari makan.
Pantun untuk saudari kipop,
Senyumlah sambil beraya sakan.
Ranau daerah tempat tinggal,
cuaca sejuk bukan kepalang.
Di sanalah Sahira tinggal,
Gembira beraya bukan kepalang.
Buku tebal banyak halaman,
sorong papan tarik papan.
Faedzah pulang kampung halaman,
kuih raya jangan disimpan.
*Kili-kili = Gila-gila (perlakuan)
p/s: pantun ini hanyalah rekaan semata-mata. Tidak kena mengena antara yang hidup ataupun mati. Sebarang persamaan adalah tidak disengajakan.
"Maaf zahir dan batin"
"Halalkan makan minum yang dikongsi bersama"
"SEMOGA GEMBIRA DI HARI RAYA"
23 Sep 2008
benarkah kiamat 21 Dec 2012??
Mereka yang mendakwa wahyu akan berlaku pada Dec. 21, 2012, berdasarkan kepercayaan mereka pada sekeping kalendar yang direka oleh kaum Mayans diMexico yang kehancurannya (gambar). Tamadun purba yang terkenal dalam kehebatan matematik dan astronomi yang maju.
DiSeluruh Amerika Syarikat, Kanada dan seluruh Eropah, mazhab-mazhab dan individu-individu yang mempercayai ramalan tersebut berkata bahawa itulah harinya dunia yang kita tahu akan berakhir, laporan-laporan ABCnews.com.
Mayan yang purba, dikenali sebagai ahli matematik dan astronomi yang sangat maju, mengikuti satu "kiraan panjang" kalendar yang berakhir dalam 5,126 tahun. Apabila carta-carta mereka diterjemahkan pada kalendar Gregory yang bertaraf antarabangsa yang digunakan hari ini, tarikh terakhirnya ialah pada Dec. 21, 2012.
Ahli-ahli saintis telah cuba untuk menghapuskan senario hari kiamat ini sebagai telekan yang tak berasas, tetapi ianya jelas dengan adanya beribu-ribu orang yang menganggap kemungkinan suatu bencana akan berlaku diseluruh dunia pada tarikh itu amatlah benar.
"Anda perlu faham, tiada apa-apa yang akan tinggal," Patrick Geryl memberitahu ABC News. "Kita terpaksa mulakan seluruh peradaban baru daripada akar semula." Geryl, seorang bekas pekerja makmal yang berumur 53 tahun dan tinggal di Belgium, dia telah berhenti kerja sejak dua tahun yang lepas setelah dapat menabung wang yang cukup untuk bertahan sehingga Disember 2012. Dia sekarang terus hidup dengan menyimpan bekalan yang dicatatkan dalam senarainya yang setebal 11 mukasurat.
Ianya bukan Geryl seorang sahaja yang mencari jawapannya. Yang mencari "2012 the end of the world" pada Google meningkat sehingga hampir 700,000 orang dalam carian kegemaran ramai. Lebih daripada 6,500 video mengenai tarikh tersebut telah diposkan di YouTube. Terdapat juga buku-buku yang tak terkira bilangannya mengenai topik tersebut, banyak yang diterbitkan dalam mengikuti kejayaan buku Daniel Pinchbeck "2012: The Return of Quetzalcoatl," yang telah menjual beribu-ribu naskah setiap bulan sejak ianya dikeluarkan pada akhir Mei.
2008: Berdozen ahli-ahli kultus hari kiamat Rusia (gambar) meninggalkan lobang sulit korekan bawah tanah dekat kampung Nikolskoe, Rusia, pada Mac, setelah bersembunyi didalam lobang tersebut selama kira-kira enam bulan. Yang lain-lain masih tidak balik, masih menunggu hari untuk dunia berakhir pada bulan Mei.
Tapi apakah yang difikirkan oleh penganut-penganut kepercayaan ini akan berlaku pada Dec. 21, 2012? Ada sesetengah orang berkata satu pembalikan kutub akan berlaku, di mana kutub utara menjadi selatan, di mana matahari akan timbul di barat, mencetuskan bencana pada alam sekitar diseluruh dunia. Ada sumber-sumber lain yang berkata, ianya tanda tarikh satu pembangkitan rohaniah akan berlaku seluruh dunia.
Pakar ketawakan kepercayaan ini. "Ramalan-ramalan takdir ini betul-betul tidak mempunyai sebarang asas dalam apa yang kita tahu mengenai Maya," kata Stephen Houston, seorang profesor antropologi di Brown University dan seorang pakar dalam tulisan hieroglif Maya. "Catatan-catatan Maya hampir tidak menceritakan tentang acara ini." Katanya Mayans melihat kalendar mereka berakhir pada tarikh tersebut, tetapi akan bermula semula tanpa ada apa-apa malapetaka.
"Betul-betul, ianya adalah satu penukaran kebimbangan orang-orang zaman ini, dan yang sesetengah mencari mitos lama untuk panduan atau ramalannya," katanya. "People like to believe that ancient wisdom is somehow predicting this time of upheaval."
p/s : cuba korang tgk kalendar....tarikh 21 Dec 2012 menunjukkan hari apa....JUMAAT!!!!!!!! Wallaualam.......
Terima Kasih
22 Sep 2008
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Selamat berpuasa kepada mereka yang berpuasa. Tidak lupa kepada yang lain, selamat menyiapkan tugasan yang belum selesai.
Lebih kurang dua minggu tidak mencatatkan apa-apa di blog ini, tidak bermakna saya tidak mengikuti perkembangan anda semua. Sebaliknya, saban hari jika tiada masalah internet saya pasti menjenguk blog ini. Semua catatan telah saya baca dan ada juga pautan blog yang sempat saya terokai. Sekurang-kurangnya saya masih dapat mendekatkan diri dengan anda semua.
Mungkin anda telahpun maklum yang tulisan refleksi KKBI saudara Pangeran Mohd Shukri telah saya sunting dan muatkan dalam Wahana Ilmu Edisi September. Saya dapatkan tulisan itu setelah dimuatnaik dalam JPMMPKS@yahoogroup. Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada anda semua khususnya dari opsyen BM untuk bersama-sama saya memperbaiki dan memantapkan buletin terbitan JPM itu. Sehingga kini, nampaknya saya masih berseorangan memperjuangkan buletin tersebut. Pelawaan saya kepada pelajar mahupun pensyarah masih disambut dingin. Benarlah kata-kata Tuan Haji Mohd Isa Razak, kerja-kerja menulis bukanlah sesuatu yang mudah, baik yang bersifat kreatif mahupun akademik. Sehinggalah kita berhadapan dengan situasi yang mendesak barulah kita mahu menulis. Ironinya, kita adalah golongan intelek yang kaya dengan ilmu pengetahuan, bakal bergelar sarjana yang sepatutnya menjadi rujukan pelbagai pihak. Hari ini, IPG sedang bersaing dengan IPTA. Budaya mengkaji, menyelidik dan menulis bukanlah asing di IPTA, tetapi kita masih dalam proses membudayakan kegiatan itu baik dalam kalangan pelajar mahupun pensyarah. Justeru, sebagai golongan intelek, kita memikul tanggungjawab yang berat dan harus membuktikan bahawa kita juga setanding dengan golongan intelek di IPTA. Saya khuatir sekiranya kegiatan menulis tidak dipupuk, kita akan terus melahirkan guru yang hanya mampu mengajar tetapi tidak reflektif dan berfikiran jumud.
Akhir sekali saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Sekalipun tanpa pertemuan atau majlis yang menghimpunkan kita, mesej ini sampai kepada setiap individu yang menghuni kelas PPPRPET opsyen BM.
Sekian.
Firdaus JPM
22 September 2008
20 Sep 2008
TUGASAN EN. JOHAN
(ISL Seterusnya)
(Dibuat secara individu)
Membina perisian P&P berdasarkan kepada tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran PSK tahun (4, 5, 6).
Tugasan ini perlu dibentangkan dikelas. Aspek pembentangan perlu menyentuh perkara seperti ini:
- Terangkan perisian yang digunakan.
- Langkah penyediaan.
- Rujukan.
- Kemasan.
- Cara penggunaan.
- Cara penyelanggaraan.
- Penilaian hasil kerja.
*Jadual di bawah merupakan senarai pembahagian tema.
*Tugasan ini merupakan tugasan individu.
*Salinan pembentangan (hardcopy) perlu dikumpul dan diserah kepada En. Johan selewat-lewatnya pada hari selasa petang (23 Sept 08). (Tindakan runner)
Tahun | Tema | Pembahagian |
4 | Sayangi Diri
Sayangi Keluarga | Rizal Othman Palvee Abd Harip Imelda Michael Stanley Andreas
Nurul Aina Jaludin Faedzah Jiamil Mohd Shahfardie Satar |
5 | Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat
Kenali Budaya Malaysia | Carmelliny Tony Stanley Ian Junaidi Shahira Irda Sahirin Fawwaz Thaqif Alias Tudin
Ranger Diris Megat Mohd Saufi Megat Alias Zuraimin Wahili |
6 | Malaysia Negaraku
Sedia Hadapi Cabaran | Pg. Shukri Pg Haji Musa Laila Farina Yahya Siti Salmi bt Tuah Keffly Kaling
Roszaidee Rosli Jacqueline Teo Fuey Phean Mohd Imran Mohd Amir |
Terima Kasih
Peserta ratu pondan dikena bon RM1,000
Oleh Betty Subaryati dan Haspaizi Mohd Zain
bhkb@bharian.com.my
Guru Pendidikan Seni diperintah berkelakuan baik dua tahun, ditukar ke PPD Bachok
BACHOK: Seorang guru Pendidikan Seni dikenakan bon jaminan RM1,000 dan perintah berkelakuan baik selama dua tahun oleh Mahkamah Syariah di sini, kelmarin, selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan menyertai pertandingan ratu pondan di sebuah resort di Telong di sini, akhir Julai lalu.
Tertuduh, Mohd Zaki Yaakub, 27, yang dipindahkan ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bachok sejak Ogos lalu, diarah melaporkan diri di Pejabat Agama Jajahan Bachok setiap empat bulan sekali.
ohd Zaki mengaku bersalah terhadap tuduhan mengikut Seksyen 7, Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 1985 iaitu memakai pakaian wanita dan berlagak seperti wanita.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Salwani Abdul Rahman di hadapan Hakim Syarie Mohmad Nabil Mohmad Shukri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Di mahkamah sama, seorang lagi rakan tertuduh, Mohd Adli Salleh, 20-an, dihukum penjara sehari dan denda RM1,000 kerana kesalahan sama.
Berdasarkan laporan sebelum ini, kira-kira 50 pondan menyertai pertandingan ratu di resort berkenaan, bertempiaran lari sebaik menyedari serbuan penguat kuasa JAHEAIK dengan bantuan Majlis Perbandaran Kota Bharu dan Majlis Daerah Kota Bharu kira-kira jam 9 malam.
Ada antara pondan terbabit terjun ke sungai berhampiran resort dalam cubaan melarikan diri, tetapi 16 daripada mereka berusia antara 20 hingga 30 tahun ditahan sebelum didakwa secara berperingkat di Mahkamah Syariah kerana kesalahan berpakaian dan berlagak seperti wanita.
Sementara itu, Pengarah Pelajaran Kelantan, Mohd Ghazali Abd Rahman ketika dihubungi, berkata guru terbabit kini ditempatkan di PPD Bachok tanpa sebarang jawatan khusus tetapi wajib melaporkan diri setiap hari.
“Tindakan selanjutnya bergantung kepada keputusan jawatankuasa tatatertib yang akan menilai pembabitan guru itu termasuk bentuk tindakan disiplin yang dikenakan terhadapnya,” katanya.
Atasi 'diskriminasi' guru lulusan IPTA
SERDANG 29 Julai - Kerajaan akan berusaha mengatasi masalah 'diskriminasi' yang dialami guru lepasan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang dibebankan dengan pelbagai syarat ketat sebelum dibenarkan mengajar di sekolah.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, antara syarat itu ialah mesti lulus dengan purata gred kumulatif (CGPA) minimum 2.75 sebelum layak mengambil ujian dan ditemuduga untuk jawatan guru.
"Syarat ini yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran perlu dikaji semula memandangkan guru-guru lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) tidak perlu mematuhinya sebaliknya terus di tempatkan di sekolah.
"Perkara ini seolah-olah menafikan pendidikan dan latihan yang diberikan pensyarah di IPTA dan mengurangkan minat graduan untuk menjadi guru," katanya dalam ucapan perasmian Program Sekolah Kluster-Universiti dan Seminar Permuafakatan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran Tahun 2008 di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalannya, Datuk Idris Haron.
IPG kini melatih guru untuk peringkat prasekolah dan sekolah rendah manakala IPTA memberikan fokus untuk melahirkan tenaga pengajar di sekolah menengah, kolej matrikulasi, kolej komuniti dan politeknik.
"Kualiti pelajar yang memohon program perguruan juga perlu dilihat semula oleh kedua-dua kementerian kerana berlaku ketidakseragaman syarat asas kemasukan.
"Syarat kemasukan di IPG ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala ke IPTA pula Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau matrikulasi," jelasnya.
Sementara itu, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam ucapan yang dibacakan oleh Timbalannya, Dr. Wee Ka Siong berkata, sebanyak 60 sekolah kluster akan dijadikan sekolah angkat kepada IPTA menerusi Program Sekolah Kluster-Universiti.
Beliau berkata, langkah itu akan membolehkan IPTA berperanan sebagai mentor kepada pihak sekolah yang akan dibenarkan menggunakan kemudahan di universiti bagi melakukan penyelidikan dan pengkomersialan ciptaan baru.
"Sekolah angkat ini akan berpeluang menggunakan perpustakaan dan juga terlibat dalam program akademik dan kemasyarakatan anjuran IPTA.
"Sekolah juga akan dapat menggunakan gimnasium, kolam renang dan mendapatkan nasihat pakar pemakanan dan pensyarah sukan yang berkelayakan tinggi di universiti," jelasnya.
Terima Kasih19 Sep 2008
SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU
Istilah bahasa
18 Sep 2008
Tragedi Ngeri Yang Tak Dapat Dilupakan
17 Sep 2008
Fahamilah....(1)
- Rene Descartes -
Discourse on Method ( 1637 )
( 1956, hlmn 37 )
16 Sep 2008
Sekadar perkongsian...
Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.
(A)
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
(B)
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
(C)
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
(D)
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
(E)
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
(F)
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
(G)
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
(H)
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
(I)
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
(J)
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
(K)
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
(L)
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.
(M)
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.
(N)
Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.
(O)
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
(P)
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.
(Q)
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
(R)
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
(S)
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
(T)
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
(U)
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
(V)
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.
(W)
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
(X)
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
(Y)
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
(Z)
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.
14 Sep 2008
Berbuka puasa beramai-ramai.
"Kalau bukan sekarang, bila lagi?"
"kalau bukan kita, siapa lagi?"
"kalau bukan disini, dimana lagi?"
...Dan saya bertanya kepada rakan seperjuangan.....
Jadi? bila kita buat jamuan buka puasa untuk tahun ni?
hehehe Terima Kasih
Kerjasama anda amat diperlukan.
Peringatan tentang ujian amali pergerakan Seni Dalam Pendidikan
“Together We Stand”
Terima Kasih
11 Sep 2008
DaRAh dAn PeRsOnAliTi AnDa..
Bersempena dengan bulan Ramadhan ini, ingin saya kongsikan bersama kenyataan kajian sebuah institusi di JEPUN tentang darah manusia. Darah manusia dikatakan memberi gambaran terdekat mengenai KEPERIBADIAN individu itu sendiri. Apakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh badan serta gambaran personaliti anda?
DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama denganmu.
Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.
DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.
DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri.
Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri.
Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.
10 Sep 2008
karangan contoh..sila beri markah anda utk karangan ini..
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip
tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya
bersarapan
dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu
emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.
Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali
dengan
garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh
120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi
8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru
dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya
tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!".
Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun
turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar
lori itu pula.
Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju
iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan
lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya
dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar
pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.
Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang
semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi
Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di
dalam lori dia. lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka
bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa
sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.
Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri
semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu
lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak
saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih
marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu
lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!"
dan jatuh ke bumi.
Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia
balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan
beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa
Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap
orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.
Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke
ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di
pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni
tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.
Polis yang bertugas cubamenyuraikan orang ramai lalu dia menjerit
menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih
ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian
itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga
berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya
dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat
sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.
Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum
saya mati.
Soalan : Berapa Markah Yang Sesuai utk d beri kpd budak yg mnulis Karangan ini???...Terima Kasih
cara-cara nak cover maluuuu..hehehe
1. kalo tersepak batu: Jangan terus bangun,
sebaliknyer anda baring dan terus berguling-
guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu
baru bgn bila takde orang nampak..
2. kalo terjatuh beskal: cepat2 naik beskal anda
semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali
supaya orang ingat anda saje2 buat lawak...
3. kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah
anda dirasuk atau sedang berlawan dengan
makhluk halus...
4. kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah
yang ada sambil marah2 dengan suara yang
kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang
amat prihatin terhadap kebersihan....
5. kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah
kuat2.."oi! apa tolak2 ni?" walaupun tiada orang
di blakang anda....
6. kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat2
pengsan sehingga ada orang membantu
anda..kalo takde..baring terus sampai malam
dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah
masa sesuai untuk bangun semula....
7. kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la
kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah
anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah
anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....Terima Kasih
Ramadhan (siri no 1)
Salam akhir harap kenangan
Awal Ramadhan harap dugaan
Akhir Ramadhan harap makanan
Minggu kuliah minggu memenatkan
Minggu puasa minggu menahan
Hari kuliah hari tugasan
Hari puasa hari kelaparan
sambung akan datang...Terima Kasih
9 Sep 2008
Renungan Sejenak
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan kepada pelajar PISMP BM, bermula hari esok (Rabu) Encik Sahidani Abd Dani , Encik Bahaman Hj Ismail dan Encik Agus Yanul akan menghadiri kursus di Kota Kinabalu sehingga hari Jumaat. Ini bermakna kuliah-kuliah yang melibatkan pensyarah berkenaan perlulah dimanfaatkan sebaik mungkin dengan melakukan ulang kaji atau menyiapkan tugasan.
Sejak akhir-akhir ini, saya sering menerima laporan tidak rasmi yang sebahagian besar pelajar lebih suka berada di bilik sekiranya tiada pensyarah semasa kuliah. Minggu lepas pihak HEP telah mengambil tindakan terhadap beberapa orang pelajar atas kesalahan yang sama. Tindakan pelajar berkenaan menurut hemat saya kurang bijak dan jelas tidak mencerminkan ciri-ciri pelajar yang baik.
Ingatan dan nasihat yang sama telah saya sampaikan kepada kelas lain dan berharap kesalahan seumpama itu tidak terus berulang. Sekalipun, pensyarah telah memaklumkan lebih awal yang kuliah ditiadakan atas urusan rasmi di luar tetapi janganlah sewenang-wenangnya meningggalkan kelas atau tidak hadir langsung. Banyak perkara yang boleh dilakukan untuk mengisi kekosongan tersebut. Membuat latihan, perbincangan berkumpulan, berkolaborasi dengan pensyarah, membuat rujukan di Pusat Sumber dan banyak lagi. Sebagai pelajar yang berada di peringkat sarjana, pembelajaran kendiri amat dituntut selain melakukan perbincangan di luar kuliah.
Saya masih teringat ketika saya berada di tempat anda semua, mengikuti pengajian sarjana muda di salah sebuah IPTA tempatan. Kebanyakan kuliah yang diberikan oleh pensyarah hanya dalam suasana yang benar-benar syarahan sahaja. Setiap syarahan berakhir, pasti disusuli dengan senarai rujukan yang melebihi 20 bahan. Lebih perit lagi, hampir 90% bahan tersebut dalam Bahasa Inggeris dan tidak semuanya mudah diperoleh di Pusat Sumber. Disinilah usaha yang "gila-gila" kami tunjukkan, mencari di perpustakaan IPTA lain dan di kedai-kedai buku. Kalau dapat satu atau dua buah rujukan yang disenaraikan itu, dah dikira bernasib baik. Semasa sesi tutorial akademik, perbincangan bersama pensyarah harus lebih bersedia. Saya masih teringat, semasa sesi tutorial, pensyarah bertanya dahulu rujukan yang dibaca, sekiranya ada yang berkata tak jumpa dan belum membaca, dipersilakan keluar sahaja tanpa banyak bicara. Alasan tiada buku, tiada masa, sukar diperoleh bukanlah alasan yang boleh diterima oleh profesor, doktor dengan sewenang-wenangnya. Pengalaman-pengalaman tersebut menjadikan kami lebih berusaha dan cepat matang. Matang dalam mengurus masa dan pembelajaran kendiri.
Pelajar-pelajar di IPG masih belum sampai ke tahap itu, masih banyak lagi yang boleh ditingkatkan, ruang-ruang kelemahan itu agak lambat diatasi.
Saya harap agar anda, pelajar PISMP BM sebagai kumpulan yang "senior" di IPG ini dapat meletakkan status sarjana itu dengan menunjukkan teladan yang baik dan menjadi rujukan pelajar "junior" lain.
Sekian untuk ingatan dan renungan bersama.Terima Kasih
7 Sep 2008
Bakat KJPM dan Ahli Kumpulan PISMP BM
Salam damai dan salam sejahtera kepada sekalian pembaca.
tujuan saya memaparkan video ini adalah untuk mengimbau kembali masa lalu di mana KJPM mendendangkan lagu 'Berita Kepada Kawan' semasa majlis hari guru pada tahun 2006.
Untuk pengetahuan semua, KUGIRAN yang mengiringi nyanyian Encik Firdaus pada majlis itu terdiri daripada ahli-ahli kumpulan PISMP BM IPKS.
SUNGGUH BERBAKAT!!!
SEMOGA MAJU JAYA DIUCAPKAN!
Terima Kasih kepada KJPM, Encik Firdaus kerana menjadi ahli blog PISMP BM IPKS.
Terima Kasih
Kita dan Persekitaran.
Budi yang baik hatinya pengasih
Kulitnya bersih hati pun bersih
Memikul belati tiada memilih
Jadikan bersih hati pun putih
Berkata benar bermulut fasih
Jadikan bersih, hati pun putih
Dialah khazanah pintu terpilih
A a a aa aaa...aaaaa"
Mungkin terleka yang pada hari ini 'KAZA Maintanence' tidak bertugas. Jadi, masalahnya di sini, kita sedia maklum longgokan sampah sedemikian pasti akan mengundang penyakit jika dibiarkan berterusan. Selain itu, pemandangan yang indah di 'port' kita akan tercemar oleh masalah sampah ini. Sampah yang berlonggok juga akan memungkinkan kehadiran lipas-lipas di kawasan kita. Cukuplah kita hanya menjaga 3 'kanak-kanak' serta ibunya di kawasan luar koridor kita.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mencadangkan agar kita (Rakan lelaki sahaja) bertanggungjawab ke atas sampah-sampah yang telah kita hasilkan. Sekiranya ada yang tidak bersetuju dengan cadangan ini harap dapat mengemukakan cadangan lain bagi menyelesaikan masalah sampah ini. Demi kebaikan kita bersama! Salam Damai!!
'
Meriahkan Blog PISMP BM
Setelah dua hari mencuba dan terus mencuba, akhirnya saya berjaya mendaftar sebagai ahli blog ini. Entah di mana silapnya, percubaan awal mendaftar menjadi ahli sentiasa gagal. Akhirnya hari ini, 7 September bertempat di bilik JPM...termakbul jua usaha ini. Semuanya berkat kesabaran dan keazaman ingin menyokong usaha kalian sekaligus memeriahkan blog ini.
Tahniah kepada saudara Ian sebagai moderator dan rakan-rakan beliau yang saya pasti telah bertungkus lumus merealisasikan blog ini. Harapan saya, agar langkah awal ini akan disusuli dengan ribuan langkah lagi sehingga blog ini mampu menjadi contoh terbaik kepada pelajar-pelajar lain. Justeru, saya menyeru kepada pelajar yang belum mendaftar sebagai ahli blog ini, mendaftarlah dengan segera dan jadilah ahli yang aktif.
Cuma saya masih tertanya-tanya bagaimana dengan laman yang diusaha semasa semester lepas. Laman yang dibina dengan bimbingan Tuan Haji Mohd Isa b Razak dalam mata pelajaran PP BM Berbantukan Komputer. Kalau tidak silap saya, laman itu sudah siap dan kandungannya juga hampir lengkap. Maksud saya mengandungi maklumat semua pelajar PISMP BM termasuk gambar dan biodata. Jika masih dapat digunakan maklumat tersebut dan dipaut melalui blog ini, rasanya lebih baik.
Akhir sekali, Tahniah dan terima kasih kerana berjaya menyediakan satu wahana yang dapat menjana pemikiran dan perbincangan.
Firdaus JPM
Terima Kasih
Pembelajaran Kendiri (PENGANTAR LINGUISTIK)
Pada kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih serta ucapan tahniah atas usaha rakan kita Stanley Ian (ALEX PAGULAYON) kerana berjaya menjadi 'menghidupkan' blog PISMPBM ini.
Pada hari kemarin, saya telah mendapatkan Rancangan Pengajaran bagi kursus Pengantar Linguistik (BMM 3108) untuk meneliti tajuk-tajuk dan soalan-soalan pembelajaran kendiri. Namun sukacita dimaklumkan bahawa, TIDAK ADA soalan pembelajaran kendiri saya dapati daripada Rancangan Pengajaran tersebut. Sekian, terima kasih.
*Saya merupakan 'runner' bagi En. Sahidani.
*Ok ka Ian? haha tu ja yang aku terfikir.
*hehehe
Terima Kasih
6 Sep 2008
Aku, katil dan assignment....
ketak-ketuk bunyi keyboard tanda assignment blum siap,
Malam semakin tua,
namun jari masih setia dengan gerakannya,
mata semakin mengecil,
seperti digam-gam,
toleh ke belakang,
ternampak katil,
owh...katil itu seperti memanggil namaku,
tilam yang empuk itu,
dapat ku bayangkan kalo aku tidur di atasnya
selimut itu umpama gaun pengantin malam pertama yang tidak mungkin kulepaskan...
hehehe....
arggghhhh!!!!!assgnment blum siap!!!
x dpt tidur!!!!!!
kekekeke.....
Terima Kasih
5 Sep 2008
Terima Kasih kepada Ketua Jabatan Pengajian Melayu IPKS
p/s : Berikut merupakan catatan beliau pada buku pelawat :
Terima Kasih
Hero dulu-duuluuu~
p/s : Rindu pula kelas PJ... dulu-dulu semua pelatih PISMP BM sihat-sihat belaka... ini kerana banyak masa untuk bersukan(hampir setiap pagi kelas PJ)... sekarang pelatih PISMP MAKIN SIHAT (perut) kerana lama tidak bersukan seperti dulu...
Kerana Mu Malaysia!
Keadaan cuaca di sana sangat sejuk ketika itu....
kerana mu Malaysia, mereka sanggup bersejuk dan berpenat semata-mata bagi menaikkan nama mu...Malaysia Boleh!!
p/s : Mereka terlupa membawa bendera Malaysia untuk dikibarkan..
p/s : Tidak apa, cuba lagi 4 tahun akan datang~
13 hari lagi....hehehe....
Peace...(^_^)
Assignment VS. Katil
fuh..
gara2 buat assignment last minute,
aku terpaksa stay up...
Katil ku sdg memanggil nama ku....
rumate i skrang cbuk menyusun kertas2 yg b'hamburan, terima kasih atas 'kerajinan' tkg fotostat iaitu 'rakan' palvee.
rumate i baru ja bkata "watever la!! peduli apa. terbalik, terbalik la! watever la"
ya...
ini merupakan post blog sebelum aku tido
KEPADA RAKAN2 SEKELAS, JIA YOU! :D
p/s: Ian, cukup meriah ka? hikhikhik
4 Sep 2008
Disebabkan Ian memaksa aku memblog...
Kamu ingin tak dengan statment seorang pensyarah *nama telah dirahsiakan* pada dua hari yang lepas. Beliau mengatakan bahawa....
"Jan paksa diri kalau tidak boleh puasa"
hmmmmm...
Walaupun saya seorang non tetapi..
bukankah berpuasa tu merupakan suatu kewajipan kepada umat Islam??
"Kalau paksa juga, perut akan keras dan mati~"
kata pensyarah tersebut.
Apa pendapat kamurang?
p/s: belum lagi aku siap kerja PBS...
p/p/s: nah ian, aku proaktif da!:D happy?
3 Sep 2008
Nama untuk blog ini...
Terima Kasih
terima kasih
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PM = Pakcik Moderator kerana sudi menjemput saya untuk menyumbang dalam blog ini.
Syabas dan tahniah kepada PM atas penghasilan blog ini.
Diharapkan kita dapat mewujudkan perkongsian dan juga percambahan idea melalui blog ini.
Terima kasih...