SELAMAT DATANG.

P.I.S.M.P. BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2007, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH.

Sila isi Buku Pelawat, terima kasih.

28 Ogo 2009

(MINUS ONE) Muat Turun Minus One Lagu-Lagu Patriotik



Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-52 Kepada Semua...


Sila Klik Pada Tajuk Lagu Untuk Muat Turun.
(Klik pada ikon untuk muat turun lirik lagu)



!!! MERDEKA !!!




Terima Kasih


Muat Turun Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Bahasa Melayu



SILA KLIK PADA IKON UNTUK MUAT TURUN...

Prasekolah_HSP1


Prasekolah_HSP2


Prasekolah_HSP3


Prasekolah_HSP4


Prasekolah_Kebangsaan


SR_S_Pelajaran_2003


SR_HSP_Tahun1_2003-01


SR_HSP_Tahun1_2003-02


SR_HSP_Tahun1_2003-03


SR_HSP_Tahun1_2003-04


SR_HSP_Tahun2


SR_HSP_Tahun3


SR_HSP_Tahun4_01


SR_HSP_Tahun4_02


SR_HSP_Tahun5


SR_HSP_Tahun6


SR_Amalan_BM_Peralihan1


SR_Amalan_BM_Peralihan2


SR_Amalan_BM_Peralihan3


SR_HSP_Peralihan1


SR_HSP_Peralihan2


SM_HSP_Tingkatan1


SM_HSP_Tingkatan2


SM_HSP_Tingkatan3


SM_HSP_Tingkatan4


SM_HSP_Tingkatan5


SM_Kesusasteraan_M_4-5


KBSM_Amalan_BM


KBSM_Kesusasteraan_M_2003


KBSM_Sukatan_Pelajaran

~ TERIMA KASIH ~



Terima Kasih


Muat Turun Buku Panduan PISMP


Terima Kasih


27 Ogo 2009

KKBI BMM3111

TUGASAN KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (KKBI)
PROGRAM PENDIDIKAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
SEMESTER 6, 2009

INSTITUT : IPGM KAMPUS KENINGAU
MATA PELAJARAN : BMM3111 (SEMANTIK DAN PERISTILAHAN)
TARIKH MULA & HANTAR : 17 OGOS 2009 - 17 SEPTEMBER 2009

Dalam kajian semantik, kita perlu memahami beberapa istilah penting. Namun begitu, kita harus memahami istilah Semantik dan Makna terlebih dahulu. Umumnya, Semantik dikatakan bidang yang ada kaitan dengan makna. Begitu juga dengan Peristilahan yang merupakan bidang yang penting dan perlu diberi perhatian serius dalam usaha memodenkan dan memajukan bahasa sebagai bahasa ilmu. Dalam usaha ini, istilah-istilah baharu perlu dibentuk untuk kegunaan dalam pelbagai bidang ilmu khususnya Bahasa Melayu.

Bagi melaksanakan tugasan ini, pelajar secara individu dikehendaki:
  1. Memberikan definisi, takrif, dan konsep Semantik dan Makna serta Peristilahan, Tataistilah, dan Tatanama.
  2. Memberi huraian Jenis-jenis makna.
  3. Memberi huraian Teori Segitiga Semiotik beserta lakaran rajah Segitiga Semiotik.
  4. Huraikan perkaitan Makna Perkataan daripada segi Leksikal : Sinonim, Antonim, Hiponim, Polisemi.
  5. Memberi huraian bentuk-bentuk Istilah dan sumber-sumber Istilah dalam Bahasa Melayu.
  6. Berkolaborasi dengan pensyarah dan menyediakan penulisan refleksi antara 250-300 patah perkataan yang berkaitan dengan tugasan. Refleksi tersebut juga perlu dihantar ke JPMMPKS@yahoogroups.com.

Terima Kasih


Happy Ramadhan <(^_^)/



Terima Kasih


15 Jul 2009

Sabar~ haha~

Murid : Selamat pagi, cikgu..

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat ke?

Murid : Selamat pagi, petang siang dan malam cikguu...

Cikgu : Panjang sangatt! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna' Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan..

Murid : Selamat sejahtera cikguuu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Fahamm, cikguuu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan..

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat ah?

Murid : Sebab saya seorang pandai ah!

Cikgu : Oh! Melawan ye!

Murid : Oh! Mengalah ye!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)



*Pinjam kejap~ haha
http://citermenarik.blogspot.com/


Terima Kasih


9 Jun 2009

Diri tanpa nama

Apakah erti diri tanpa nama
Siapakah nama tanpa erti diri
Pernahkah diri dikenali tanpa nama
Wujudkah nama tanpa lahirnya diri

Lelaki dan wanita bermula tanpa nama
Maka lahirlah nama adam dan hawa
Apakah erti adam dan hawa
Jika tanpa nama dalam diri mereka

Seringkali diri lupai nama
nama diri atau nama sekelilingnya
Wujudkah diri tanpa nama sekitarnya
Ibarat hidup tanpa suara tanya

Janganlah diri berdiri tanpa nama
kerana tanpa nama apakah dirinya
Sedang kita mencari nama untuk berdiri
Tepuk dada sendiri tanpa nama diketahui


Terima Kasih


6 Jun 2009

manusia dan kehidupan

Manusia tanpa kehidupan ibarat lembah terbiar
Kehidupan tanpa manusia ibarat gunung terbiar
Walaupun kehidupan memberi erti yang berlainan
Bagi manusia ia ibarat titik antara kepuasan dan penderitaan

Seringkali manusia menganggap kehidupan itu kemegahan
Kemegahan dari sudut keberadaan atau kepujaan
Tetapi kehidupan tak pernah diendah oleh manusia
Kerana nafsu manusia tidak pernah mencukupi atau kenyang

Kehidupan manusia berbeza-beza
Ada yang terang dan ada yang kelam
Kehidupan yang terang manusia yang berfikiran matang
Kehidupan yang kelam manusia yang ikut perasaan

Tidak semua kehidupan itu seperti yang dimimpikan
Kerana mimpi itu bukan kehidupan manusia
Tidak semua kehidupan yang dikecapi manis
Kerana kehidupan yang manis perlu ada pahitnya

Terima Kasih