Apakah erti diri tanpa nama
Siapakah nama tanpa erti diri
Pernahkah diri dikenali tanpa nama
Wujudkah nama tanpa lahirnya diri
Lelaki dan wanita bermula tanpa nama
Maka lahirlah nama adam dan hawa
Apakah erti adam dan hawa
Jika tanpa nama dalam diri mereka
Seringkali diri lupai nama
nama diri atau nama sekelilingnya
Wujudkah diri tanpa nama sekitarnya
Ibarat hidup tanpa suara tanya
Janganlah diri berdiri tanpa nama
kerana tanpa nama apakah dirinya
Sedang kita mencari nama untuk berdiri
Tepuk dada sendiri tanpa nama diketahui
Terima Kasih
11 tahun yang lalu
1 ulasan:
Andai aku lelaki,
aku ingin barnama Muhammad,
andai aku perempuan,
ingin sekali ku dipanggil Fatimah,
andai aku indah,
kenali aku sebagai Jamilah,
kalau aku bersinar,
kau sahutla namaku Nurul,
kerana aku adalah hambaNya,
mungkin sesuai kau panggil Abdul,
nama itu lambang peribadi,
segan aku tidak semulia Muhammad,
tidak selembut Fatimah,
bukan seindah Jamilah..
beratnya kita membawa nama
lalu aku putuskan..biarlah aku kekal tidak bernama..
Catat Ulasan