P.I.S.M.P. BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2007, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH.
Sila isi Buku Pelawat, terima kasih.
28 Ogo 2009
27 Ogo 2009
KKBI BMM3111
PROGRAM PENDIDIKAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
SEMESTER 6, 2009
MATA PELAJARAN : BMM3111 (SEMANTIK DAN PERISTILAHAN)
TARIKH MULA & HANTAR : 17 OGOS 2009 - 17 SEPTEMBER 2009
Dalam kajian semantik, kita perlu memahami beberapa istilah penting. Namun begitu, kita harus memahami istilah Semantik dan Makna terlebih dahulu. Umumnya, Semantik dikatakan bidang yang ada kaitan dengan makna. Begitu juga dengan Peristilahan yang merupakan bidang yang penting dan perlu diberi perhatian serius dalam usaha memodenkan dan memajukan bahasa sebagai bahasa ilmu. Dalam usaha ini, istilah-istilah baharu perlu dibentuk untuk kegunaan dalam pelbagai bidang ilmu khususnya Bahasa Melayu.
Bagi melaksanakan tugasan ini, pelajar secara individu dikehendaki:
- Memberikan definisi, takrif, dan konsep Semantik dan Makna serta Peristilahan, Tataistilah, dan Tatanama.
- Memberi huraian Jenis-jenis makna.
- Memberi huraian Teori Segitiga Semiotik beserta lakaran rajah Segitiga Semiotik.
- Huraikan perkaitan Makna Perkataan daripada segi Leksikal : Sinonim, Antonim, Hiponim, Polisemi.
- Memberi huraian bentuk-bentuk Istilah dan sumber-sumber Istilah dalam Bahasa Melayu.
- Berkolaborasi dengan pensyarah dan menyediakan penulisan refleksi antara 250-300 patah perkataan yang berkaitan dengan tugasan. Refleksi tersebut juga perlu dihantar ke JPMMPKS@yahoogroups.com.
15 Jul 2009
Sabar~ haha~
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat ke?
Murid : Selamat pagi, petang siang dan malam cikguu...
Cikgu : Panjang sangatt! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna' Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan..
Murid : Selamat sejahtera cikguuu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Fahamm, cikguuu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan..
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat ah?
Murid : Sebab saya seorang pandai ah!
Cikgu : Oh! Melawan ye!
Murid : Oh! Mengalah ye!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
*Pinjam kejap~ haha
http://citermenarik.blogspot.com/
Terima Kasih
9 Jun 2009
Diri tanpa nama
Siapakah nama tanpa erti diri
Pernahkah diri dikenali tanpa nama
Wujudkah nama tanpa lahirnya diri
Lelaki dan wanita bermula tanpa nama
Maka lahirlah nama adam dan hawa
Apakah erti adam dan hawa
Jika tanpa nama dalam diri mereka
Seringkali diri lupai nama
nama diri atau nama sekelilingnya
Wujudkah diri tanpa nama sekitarnya
Ibarat hidup tanpa suara tanya
Janganlah diri berdiri tanpa nama
kerana tanpa nama apakah dirinya
Sedang kita mencari nama untuk berdiri
Tepuk dada sendiri tanpa nama diketahui
Terima Kasih
6 Jun 2009
manusia dan kehidupan
Kehidupan tanpa manusia ibarat gunung terbiar
Walaupun kehidupan memberi erti yang berlainan
Bagi manusia ia ibarat titik antara kepuasan dan penderitaan
Seringkali manusia menganggap kehidupan itu kemegahan
Kemegahan dari sudut keberadaan atau kepujaan
Tetapi kehidupan tak pernah diendah oleh manusia
Kerana nafsu manusia tidak pernah mencukupi atau kenyang
Kehidupan manusia berbeza-beza
Ada yang terang dan ada yang kelam
Kehidupan yang terang manusia yang berfikiran matang
Kehidupan yang kelam manusia yang ikut perasaan
Tidak semua kehidupan itu seperti yang dimimpikan
Kerana mimpi itu bukan kehidupan manusia
Tidak semua kehidupan yang dikecapi manis
Kerana kehidupan yang manis perlu ada pahitnya
Terima Kasih
24 Mei 2009
Semester ibarat...
Ia memberi rahmat dan kepahitan.
Setiap semester insan yang berbeza,
Salah kawan jiwa binasa.
Semester 5 semester perkenalan,
Semester 5 musim persekolahan.
Semester 5 inilah ku menyahut cabaran,
Latihan mengajar selama sebulan.
Cuti semester ibarat lautan,
Ada kala ia tenang ada kala ia menjadi taufan.
Cuti semester ibarat mimpi,
Ada kala ia ngeri ada kala ia menjadi ingatan.
Berakhirnya semester ketenangan menjelma,
IPKS kata pulang rumah kata datang.
Bermulanya semester cabaran bermula,
IPKS kata datang rumah jadi rinduan.
Terima Kasih
6 Mei 2009
................................
tak tentu arah
menggamatkan suasana padang luas
padang dengan lalang-lalang yang subur
Angin ribut terus bertiup
lalang-lalang berlanggar sesama sendiri
sedih tanah yang memegang akar
melihat lalang-lalang berlaga sesama sendiri
Terima Kasih
28 Apr 2009
TaJuK PaNdUaN PeNyeDiAaN PorTfOlio..
| SEMESTER 1 BME 3101 (MIR & ABE) Pengajaran sukatan pelajaran BMSR BME3102 (JYD & MFS) Kursus Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah WAJ 3108 (ahman) Pengurusan kurikulum WAJ 3101(ustazah) Tamadun Islam dan Asia(TITAS) WAJ 3102(lucas) ELP1 EDU 3101(SMS) Falsafah Pendidikan di Malaysia EDU3102(FAA) Perkembangan kanak-kanak |
| SEMESTER 2 BME 3104 (JYD) Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (Malay Language Skill Teaching) BME 3103 Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Primary School Malay Language Assessment) WAJ 3104 Numerical Litteracy EDU 3103 Murid dan Alam Belajar (LEARNING AND LEARNER) WAJ 3103 Literasi Bahasa Melayu (Malay Language Literacy) PJM 3102 PERGERAKAN ASAS WAJ 3103(lucas) ELP2 |
| SEMESTER 3 BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Remedial and Enrichment in Primary School Malay Language Teaching) BMM 3105 Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer (Computer Aided in Teaching and Learning Malay Language) EDU3104 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku WAJ 3103(lucas) ELP2 PJM3106 Anatomi dan Fisiologi PSK3101 Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan WAJ3106 Hubungan Etnik WAJ3116 BIG |
| SEMESTER 4 EDU3105 Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran BM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU PSK3103 Kaedah Pengajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ELS 3102 ENGLISH LANGUAGE ENRICHMENT II BMM 3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu PJM 3110 Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani WAJ 3107 Seni dalam Pendidikan |
| SEMESTER 5 EDU 3106 Budaya dan Pembelajaran BMM 3109 Morfologi Bahasa Melayu BBM 3110 Sintaksis Bahasa Melayu PJM 3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan PSK 3103 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran PSK [NDA TAU KOD] GERKO OLAHRAGA |
p/s:
harap dapat membantu..
kalu ada yang salah, bagi inform balik yer..
selamat berusaha..sama2 kita selesaikan portfolio kita..
dan selamat hari buruh..hohoho
Terima Kasih
MAJLIS JAMINAN KUALITI
JAWATANKUASA JAMINAN KUALITI
PISMP BM (AMB. JAN 2007)
| KUMPULAN | AGIHAN SEMESTER |
| Kumpulan ST 12 - Fawwaz Thaqif Alias Tudin - Ranger Diris - Shahira Irda Sahirin - Siti Salmi bt Tuah - Nurul Aina Jaludin | 1 |
| Kumpulan SHEILA ON 7 - Rizal Othman - Jacqueline Teo Fuey Phean - Roszaidee Rosli - Keffly Kaling | 2 |
| Kumpulan KANGEN BAND - Stanley Andreas - Stanley Ian JUnaidi - Norfaedzah Jiamil - Laila Farina Yahya | 3 |
| Kumpulan UNGU - Palvee Abd Harip - Mohd Imran Mohd Amir - Carmeliny Tony - Zuraimin Wahili | 4 |
| Kumpulan ADA BAND - Pg. Shukri Pg Haji Musa - Megat Muhd Saufi Megat Alias - Imelda Michael - Muhd Shahfardie Satar | 5 |
* Setiap individu perlu menyediakan 5 fail putih (50 mm).
* Bahan setiap semester bagi semua kursus akan dikumpulkan dalam satu portfolio sahaja.
* Jika ada sesiapa yang ingin membeli fail putih, kertas dengan harga rendah, sila berhubung dengan Ranger Diris.
* AJK Muka Depan Fail = Rizal dan Pg Shukri
* Setiap kumpulan disarankan untuk merujuk kepada pensyarah pembimbing kursus berkenaan bagi tujuan cross check dan bagi mendapatkan bahan tambahan.
* Tugasan ini perlu disiapkan 2 pada 8 Mei 2009.
* Sebarang masalah sila rujuk kepada Ketua Kumpulan Mohd Shahfardie Satar (Guru Besar Cemerlang DG 41).
