SELAMAT DATANG.

P.I.S.M.P. BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2007, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH.

Sila isi Buku Pelawat, terima kasih.

9 Jun 2009

Diri tanpa nama

Apakah erti diri tanpa nama
Siapakah nama tanpa erti diri
Pernahkah diri dikenali tanpa nama
Wujudkah nama tanpa lahirnya diri

Lelaki dan wanita bermula tanpa nama
Maka lahirlah nama adam dan hawa
Apakah erti adam dan hawa
Jika tanpa nama dalam diri mereka

Seringkali diri lupai nama
nama diri atau nama sekelilingnya
Wujudkah diri tanpa nama sekitarnya
Ibarat hidup tanpa suara tanya

Janganlah diri berdiri tanpa nama
kerana tanpa nama apakah dirinya
Sedang kita mencari nama untuk berdiri
Tepuk dada sendiri tanpa nama diketahui


Terima Kasih


6 Jun 2009

manusia dan kehidupan

Manusia tanpa kehidupan ibarat lembah terbiar
Kehidupan tanpa manusia ibarat gunung terbiar
Walaupun kehidupan memberi erti yang berlainan
Bagi manusia ia ibarat titik antara kepuasan dan penderitaan

Seringkali manusia menganggap kehidupan itu kemegahan
Kemegahan dari sudut keberadaan atau kepujaan
Tetapi kehidupan tak pernah diendah oleh manusia
Kerana nafsu manusia tidak pernah mencukupi atau kenyang

Kehidupan manusia berbeza-beza
Ada yang terang dan ada yang kelam
Kehidupan yang terang manusia yang berfikiran matang
Kehidupan yang kelam manusia yang ikut perasaan

Tidak semua kehidupan itu seperti yang dimimpikan
Kerana mimpi itu bukan kehidupan manusia
Tidak semua kehidupan yang dikecapi manis
Kerana kehidupan yang manis perlu ada pahitnya

Terima Kasih