SELAMAT DATANG.

P.I.S.M.P. BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2007, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH.

Sila isi Buku Pelawat, terima kasih.

5 Okt 2008

Puasa untuk semua..

Antara kebaikan puasa adalah meningkatkan kesihatan badan melalui proses detoksifikasi.

Detoksifikasi bermaksud mencuci & membersihkan badan daripada racun / toksin. Menurut Dr. Lonny J. Brown dalam Adventures in Therapeutic Fasting, "Amalan yang biasa dilakukan dalam masyarakat hari ini adalah apabila seseorang menghidap penyakit, dia akan mengambil ubat bagi meredakan penyakitnya. Sudah tiba masanya untuk kita mengamalkan sesuatu yang berbeza, iaitu mengamalkan puasa semasa sakit. Puasa merangsang beberapa perubahan yang melibatkan metabolisme badan dan perubatan ini membantu ke arah pembersihan dan pembaikan dalam badan.
Semasa berpuasa, organ2 dapat berehat. Keadaan ini membantu badan membuang segala kotoran serta toksin di samping menyegarkan sel2. Puasa adalah cara rawatan yang tertua di dunia. Puasa sudah diamalkan oleh orang terdahulu, malah Hippocrates, Galen dan Paracelsus menjadikan puasa sebagai salah satu cara rawatan untuk pesakit mereka. Plato, Socrates, Pythagoras dan Mahatma Gandhi seringkali berpuasa. Berpandukan kajian serta testimoni pesakit2, puasa didapati mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti asma, radang sendi, susah tidur, gangguan pada sistem penghadaman serta penyakit kulit."

Menurut Dr. Cindy Engles pula dalam Wild Health: How Animals Keep Themselves Well and What We Can Learn from Them, "Binatang2 apabila sakit akan menjauhi makanan. Pengkaji2 yang mengamati fenomena ini berpendapat menjauhi makanan dengan berpuasa adalah proses yang semula jadi ke arah penyembuhan. Puasa bermanfaat bukan sahaja untuk binatang malah kepada manusia. Puasa akan mempercepat penyembuhan kerana secara umumnya bakteria memerlukan zat besi untuk bertindak. Dengan menghindari makanan, bakteria akan ketandusan zat besi dan keadaan ini akan melemahkannya."

Berpuasa dalam menghindari makan dan minum dalam jangka masa yang pendek memang tidak memudaratkan. Dalam jurnal perubatan berprestij, The Lancet, disebutkan, "Puasa selagi mana tidak menyebabkan kelemahan badan yang bersangatan adalah tidak memudaratkan. Sekiranya berlaku kematian semasa berpuasa, punca kematian daripada sebab2 lain selain puasa perlulah diterokai terlebih dahulu..."

Tambahan daripada itu, kajian yang dilakukan di Universiti Utah ke atas golongan Mormon yang berpuasa hanya sehari dalam sebulan mendapati perbuatan itu merendahkan risiko mereka menghidap sakit jantung. Hal ini dilaporkan dalam artikel bertajuk Fasting? It's Good For The Heart di www.earthtimes.org bertarikh 7 Nov 2007.

Penemuan yang sama diperoleh berdasarkan pada satu lagi kajian yang dikenal sebagai Intermountain Heart Collaborative Study. Dalam kajian ini, 515 pesakit diuji kaji dari sudut kesihatan jantung. Kajian ini mendapati mereka yang kerap berpuasa mempunyai risiko yang rendah menghidap sakit jantung. Puasa dalam kajian ini ditakrifkan sebagai meninggalkan jadual makanan utama, paling kurang dua kali berturut-turut.

Leon Chaitow ( N.D., D.O., M.R.O ), pensyarah kanan di University of Westminster, London, dan juga penulis 50 buku yang berkaitan dengan kesihatan dan perubatan alternatif merumuskan, "Walaupun puasa mempunyai risiko dan kesan sampingannya, berpuasa dengan tidak menjamah makanan dan minuman dalam jangka masa yang pendek amat selamat."

Puasa pada bulan Ramadhan boleh dianggap sebagai puasa jangka pendek. Oleh itu, puasa amat selamat dan tidak memudaratkan.



Sumber: Dewan Kosmik, September 2008



P/s: Puasa bulan Ramadhan dianggap sebagai puasa jangka pendek. Puasa 6 di bulan Syawal lagi la pendek. Pastu boleh la diteruskan dengan puasa sunat Isnin dan Khamis. Meh la kita buat ramai2..Don't worry..Posa xla 'kes karas perut' seperti yang ditakuti oleh seorang hamba Allah tu..banyak kebaikan untuk kesihatan lagi..
Terima Kasih


Tiada ulasan: