Saban hari kita sering mendengar pelbagai cemuhan dan kritikan yang dilontarkan kepada kumpulan kita. Hampir setiap hari juga kita dihujani dengan bermacam-macam komen daripada pensyarah berkenaan sikap dan personaliti kita. Saya rasa terpanggil untuk memberitahu hal yang sebenar kepada mereka kerana saya sendiri tergolong dalam kumpulan yang dimaksudkan. Saya tidak berat kepada mana-mana pihak. Tetapi saya juga tidak bersikap berkecuali dalam hal ini.
Kata pepatah ada mengatakan, ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’, ‘kerana seekor kerbau bermain lumpur, semuanya turut tercalit’. Memang sudah menjadi lumrah manusia melakukan kesilapan demi kesilapan. Sesungguhnya tiada orang yang sengaja melakukan kesilapan berulang kali kerana tiada manusia yang dilahirkan sempurna. Kita sendiri belajar daripada kesilapan-kesilapan yang kita lakukan. Thomas Edison, pencipta lampu yang mungkin tidak kita kenali turut melakukan kesilapan. Bukan satu, bukan seratus tetapi beribu-ribu kesilapan sehingga sebuah mentol lampu tercipta dan kita nikmati pada hari ini.
Saya tidak berniat untuk menjawab segala cemuhan yang dilontarkan kepada kumpulan PISMP BM Semester 5 kerana di sini bukan ruangnya untuk berbuat demikian. Komen dan kritikan yang disampaikan dari mulut ke mulut hanya akan menambah luka yang sedia ada tidak akan menyelesaikan masalah sama sekali. Antara komen popular yang diberikan oleh pensyarah kepada kita ialah:
Tidak bersosial dengan baik dengan para pensyarah.
Semakin bersikap ego disebabkan oleh ‘title’ senior yang dipegang.
Personaliti yang tidak menampakkan ciri-ciri seorang guru.
Tidak memberikan respon di dalam bilik darjah.
Selalu tiada di dalam kelas.
Keluar ke kafeteria sebelum waktu rehat dan lain-lain.
‘Kalau tiada angin bertiup, masakan pokok bergoyang’. Kalau tiada sebab, perkara-perkara tersebut tidak akan berlaku. Untuk pengetahuan para pensyarah khususnya pihak pentadbiran, jika dibandingkan dahulu dan sekarang memang kami telah banyak berubah. Dulu, kelas kami umpama kelas kanak-kanak pra-sekolah dengan iklim yang sangat ceria dan baik. Dulu, banyak bakti dan jasa yang telah kami sumbangkan demi institut yang tercinta ini. Kalau hendak diceritakan memang terlalu banyak. Dari hal yang sekecil-kecil hingga yang sebesar-besarnya. Saya yakin sepenuhnya bahawa segala bakti dan titik peluh yang kami berikan secara langsung turut membantu dalam melancarkan hal-hal pentadbiran serta menaikkan nama institut. Saya juga turut yakin, tanpa kumpulan kami, institut ini tidak akan mampu pergi jauh. Mahu saya ungkit jasa-jasa itu? Rasanya tidak perlu dan tidak ada kepentingan untuk berbuat demikian. Walau bagaimanapun, jasa yang diberikan nampaknya tidak dihargai malah kami dilemparkan dengan kritikan yang langsung tidak membina. Kenapa demikian? Hanya disebabkan oleh kesilapan-kesilapan yang kami telah lakukan di atas. Lantas, pelbagai komen dan cemuhan diberikan ke atas kumpulan kami. Perkara tersebut menjadi lebih buruk apabila para pensyarah yang tidak pernah masuk mengajar di kelas kami turut dihantui oleh berita buruk tentang kami.
Demikianlah fitrah manusia yang hanya menilai dari luaran sahaja tanpa menyelami dan mendalami hati budi seseorang. Yang manis terus ditelan, yang pahit terus dibuang. Apa yang didengar terus diterima bulat-bulat tanpa diselidiki dan diamati terlebih dahulu. Apa yang cantik di mata terus dilabel sebagai sempurna, yang buruk dibiarkan terus buruk dan tidak dipedulikan. Demikianlah sikap manusia yang merasakan diri mereka sudah terlalu baik dan tidak mahu menerima golongan yang lemah. Segala jasa dan bakti baik yang dilakukan hancur musnah disebabkan oleh satu perkara buruk yang dilakukan.
Komen dan kritikan yang dilontarkan itu tidak akan menyelesaikan masalah sama sekali. Malah perkara tersebut hanya menambahkan luka yang telah berdarah. Dalam usaha untuk menyelesaikan masalah ini, marilah kita sama-sama membuat refleksi, renungan dan muhasabah diri kita tentang sejauh mana diri kita boleh dilabelkan sebagai baik di mata masyarakat khususnya para pensyarah. Kita tidak boleh berterusan begini kerana masalah harus diselesaikan. Saya mencadangkan agar mana-mana pihak yang berasa bertanggungjawab terhadap hal ini untuk tampil bagi menyelesaikan masalah ini secara profesional. Saya turut mencadangkan agar pihak tersebut mengadakan satu perjumpaan antara kumpulan kami (PISMP BM Semester 5) dengan para pensyarah di suatu tempat yang difikirkan perlu. Perjumpaan ini diharap dapat menjadi wadah untuk menyelesaikan masalah secara profesional sekali gus menghapuskan persepsi negatif terhadap kumpulan kami.
Kepada rakan-rakan, saya amat menghargai sekiranya anda semua dapat memberikan respon terhadap post ini.
Sekian.
Terima KasihKata pepatah ada mengatakan, ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’, ‘kerana seekor kerbau bermain lumpur, semuanya turut tercalit’. Memang sudah menjadi lumrah manusia melakukan kesilapan demi kesilapan. Sesungguhnya tiada orang yang sengaja melakukan kesilapan berulang kali kerana tiada manusia yang dilahirkan sempurna. Kita sendiri belajar daripada kesilapan-kesilapan yang kita lakukan. Thomas Edison, pencipta lampu yang mungkin tidak kita kenali turut melakukan kesilapan. Bukan satu, bukan seratus tetapi beribu-ribu kesilapan sehingga sebuah mentol lampu tercipta dan kita nikmati pada hari ini.